WorksheetsKuiz Tatabahasa T3
Total questions: 12
Worksheet time: 11mins
Q. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapanpilihan anda.
1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
keledek goreng
menghidang
Baca situasi di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi tersebut, pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.
Ani ialah pelajar Tingkatan Tiga. Hidup keluarganya agak susah. Ayahnya sebagai penoreh getah terpaksa bekerja siang malam untuk mencari pendapatan lebih untuk menyediakan keperluan demi pelajaran anak-anak. Ani menggunakan masa yang terluang untuk membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran. Semasa mengulang kaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Dia yakin bahawa kesusahan hidup yang dialaminya pasti akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Harapkan pagar, pagar makan padi
Tiada usaha takkan berjaya
membanting tulang
Ghazali asyik _____ biola, sementara Salmah mendendangkan lagu.
meniup
memalu
memetik
menggesek
Selepas ______ ikan-ikan pelaga itu, Fadzli memasukkannya ke dalam botol yang berisi air.
menjerat
menjerut
menyauk
memukat
Ibu _____ baju kemeja abah yang berkedut itu dengan air sebelum diseterika.
membasuh
menyimbah
menyiram
merenjis
Puan Susan hanya _____ buah tomato yang telah matang untuk dipetik dan dijual.
mencari
memilih
membelek
mengasing
Pak Wahab meminta bantuan Jabatan Pertanian untuk _____ siput gondang di sawahnya.
membasmi
menghalang
menangkap
menghilang
Cikgu Hamadi sering _______ murid-muridnya dengan soalan yang mencabar minda mereka.
menjawab
mengata
menyoal
menyeru
Fatimah yang sedang membaca buku cerita seram tiba-tiba ______ kerana terkejut apabila disergah oleh adiknya.
membisik
menyapa
meraung
menjerit
Anak-anak muda Kampung Membunga bergilir-gilir _____ di kawasan kampung mereka untuk mencegah kegiatan jenayah.
menjaga
meronda
menyelia
mengawas
Kereta yang dipandu laju itu telah terbabas lalu ______ sebatang pokok di tepi jalan.
melanggar
menyentuh
memandu
menolak
Kami tidak terkejut ______ berita kekalahan itu kerana sudah menjangkakannya dari awal.
melihat
menonton
mendengar
memerhati
