wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama Diri (sekolah rendah)

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Datuk dan nenek gemar berkebun. ___________ membuat batas sayur di belakang rumah.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

"Maafkan ______________ kerana terlambat. Awak sudah lama sampai?" soal Mazlin kepada Rasidah.

a)

aku

b)

saya

c)

kita

d)

kamu

3.

"Hafif. _________ sungguh bangga akan kejayaan kamu ini,". kata Lutfi dan Saiful.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

mereka

4.

Azmi rajin turun ke laut bagi membantu ayahnya mencari rezeki. ________ tidak pernah merungut.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Beliau

d)

Mereka

5.

"__________ mahu santap dahulu sebelum berangkat ke negara Siam," titah Sultan Azlan kepada Datuk Bendahara.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

6.

_________________ hendaklah memupuk sikap suka membaca sejak kecil lagi.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

7.

Cikgu Jasni guru yang berdedikasi. ___________ disayangi oleh semua anak muridnya.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Beliau

d)

Engkau

8.

"__________ tunggu di sini. Saya akan kembali dalam beberapa minit kemudian," arah Nabila kepada Norizan.

a)

Awak

b)

Anda

c)

Kami

d)

Kalian

9.

Pilih ayat yang betul

a)

Nasi goreng itu kubeli di Restoran Aliah.

b)

Dia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merlimau.

c)

"Kamu akan ke Kedah bila? tanya Mary kepada Sara dan Dewi.

d)

Kita sekeluarga sibuk membersihkan rumah menjelang hari raya.

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka menyusun meja dan kerusi sambil berbual-bual.

b)

Hasya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana beliau rajin belajar.

c)

"Titah tuanku akan hamba laksanakan dengan segera," kata bendahara kepada Sultan Mahmud.

d)

"Anda perlu menghantar borang ini selewat-lewatnya pada hari Isnin," kata Mira kepada rakannya.