wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SYAIR NASIHAT (TINGKATAN 2)

Total questions: 26

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tajuk syair untuk kelas pada hari ini?

a)

Syair nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

b)

Syair nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

c)

Pantun nasihat (Pengakhiran Thamarat al-Muhimmah)

d)

Syair nasihat (Pertengahan Thamarat al-Muhimmah)

2.

Berikan maksud yang tepat bagi rangkap 4 dalam syair nasihat.

a)

Jika anaknya menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.

b)

Apabila anaknya menjadi pemimpin, anaknya haruslah bersikap adil kepada semua orang.

c)

Ayah menasihati anaknya agar tidak menjadi orang yang malas.

d)

Si ayah menasihati anaknya supaya menjadi manusia yang rajin buat amal kebajikan.

3.

Berdasarkan rangkap 10 dalam syair, apakah maksud yang betul bagi rangkap ini?

a)

Ilmu mempunyai banyak manfaat kerana kita dapat membezakan perkara yang benar dan perkara yang tidak benar.

b)

Setiap tindakan perlu berdasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan.

c)

Sekiranya ilmu pengetahuan dipandang remeh, hal ini akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah kerana dia tidak dapat membantu rakyatnya.

d)

•Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.

4.

Pilihan jawapan di bawah merujuk kepada bentuk syair yang betul, KECUALI..

a)

Syair nasihat ini mempunyai 18 rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

c)

Jumlah perkataan dalam syair ini antara 3 hingga 7 perkataan.

5.

Pernyataan dalam gambar berikut merujuk kepada tema syair.

a)

SALAH

b)

BETUL

c)

TAK PASTI

6.

Antara pengajaran yang terdapat dalam syair nasihat ialah..


(sila pilih 2 jawapan yang tepat)

a)

Kita perlulah memupuk rasa kasih sayang antara pemerintah dan raja.

b)

Kita haruslah bertawakal kepada Tuhan setelah membuat keputusan berdasarkan syariat.

c)

Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.

d)

Pemerintah harus menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang bersalah berdasarkan apa yang didengar sahaja.

7.

Mengapakah ketua keluarga harus menerapkan ilmu agama dalam kehidupan anaknya?

a)

supaya ketua keluarga dapat berlagak dengan ilmu agama yang diperolehinya.

b)

supaya anaknya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat.

c)

supaya orang sekeliling memberikan tabik hormat kepada ketua keluarga.

d)

supaya bapanya dipuji dan disanjung oleh masyakarat setempat.

8.

Apakah tema syair nasihat?

a)

Nasihat bapa kepada ibunya supaya memasak makanan yang sedap

b)

Nasihat ibu kepada bapanya supaya tidak kahwin lebih daripada satu

c)

Nasihat anak kepada bapanya supaya bekerja dengan lebih keras

d)

Nasihat bapa kepada anaknya tentang kepentingan menuntut ilmu

9.

Berapakah rangkap yang terdapat dalam syair nasihat?

a)

14

b)

15

c)

18

d)

17

10.

Apakah nilai yang anda dapat dalam syair nasihat?

a)

Kasih sayang

b)

Keadilan

c)

bertoleransi

d)

kesedaran

11.

Apakah persoalan yang anda boleh dapati dalam syair nasihat ini?

a)

wajib menuntut ilmu

b)

wajib bersikap malas

c)

sentiasa hormat-menghormati

d)

wajib bersuka ria apabila belajar

12.

Mengapakah seseorang perlu berilmu?

a)

supaya mendidik ank-anak.

b)

supaya dapat hidup mewah.

c)

supaya pandai mengambil tindakan.

d)

supaya dapat hidup senang.

13.

Menuntut ilmu janganlah segan merupakan gaya bahasa_______________.

a)

Inversi

b)

Responsi

c)

Asonansi

d)

Simile

14.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa anafora.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

15.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa anafora.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

16.

Yang berikut merupakan ciri-ciri seorang pemimpin , kecuali

a)

Seseorang pemimpin haruslah berilmu pengetahuan.

b)

Seseorang pemimpin haruslah menggunakan kuasa sesuka hati.

c)

Seseorang pemimpin haruslah sering melakukan kebajikan.

d)

Seseorang pemimpin haruslah melakukan perkara berdasarkan ilmu pengetahuan.

17.

Berapa baris ayat dalam satu rangkap sesebuah syair?

a)

Lima

b)

Tujuh

c)

Enam

d)

Empat

18.

Apakah fungsi sesebuah syair

a)

Menyampaikan jenaka

b)

Menyampaikan suatu kisah pendek

c)

Menyampaikan nasihat

d)

Menyampaikan hiburan

19.

Apakah jenis rima syair?

a)

a/a/a/a

b)

a/b/a/b

c)

a/b/c/a/b/c

d)

a/b/c/d

20.

Ayah berharap agar anaknya menjaga tingkah laku. Berdasarkan ayat di atas, ia merujuk rangkap keberapa?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

21.

Berikut merupakan pengajaran yang boleh diambil daripada syair ini, kecuali..

a)

Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.

b)

Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan

c)

Kita hendaklah membuat keputusan yang menguntungkan diri kita sendiri

d)

Kita mestilah taat dan patuh pada pemimpin

22.

Hendaklah anakanda mengaji selalu;

dari yang lain lebihkan dulu,

had syarak jangan dilalu,

tidaklah anakanda beroleh malu.

Rangkap syair ke-7 membawa persoalan

a)

rajin menuntut ilmu

b)

adll dalam hukuman

c)

Bijak membezakan ajaran yang benar dan ajaran yang salah

d)

Ilmu agama menjadi pegangan hidup

23.

Antara kata ganda yang terdapat dalam syair ini aialah

a)

sebarang-barang

b)

sayang-menyayangi

c)

mudah-mudahan

d)

gundah-gulana

24.

Menuntut ilmu janganlah segan,

Ilmu yang benar jangan yang bukan,

iaitu ilmu yang kebajikan,

di kitab ini sudah disebutkan.

Persoalan yang sesuai pada rangkap 6 tersebut ialah

a)

rajin menuntut ilmu

b)

adll dalam hukuman

c)

Bijak membezakan ajaran yang benar dan ajaran yang salah

d)

Ilmu agama menjadi pegangan hidup

25.

Apakah maksud rangkap pertama syair nasihat?

a)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan pantun

b)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan syair

c)

Penyair telah tamat mengarang majalah supaya dapat dijadikan pantun

d)

Penyair telah tamat mengarang buku supaya dapat dijadikan syair

26.

Yang manakah berikut bukan nilai dalam Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Kerajinan

b)

Kepatuhan

c)

Keadilan

d)

Kesyukuran