wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM SIMPULAN BAHASA

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Anis pergi ke hospital dengan membawa __________ untuk diberikan kepada pesakit itu.

a)

buah tangan

b)

buah hati

c)

anak buah

d)

buah-buahan

2.

Aqil bersedih kerana dia __________ maka dia tidak terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak.

a)

kaki ayam

b)

kaki bangku

c)

angkat kaki

d)

hati batu

3.

Walaupun hidupnya susah Pak Hafiz seorang yang _________ kerana suka menderma untuk tujuan kebajikan.

a)

buah hati

b)

besar hati

c)

murah hati

d)

ambil hati

4.

Aliya menggunakan payung ketika cuaca panas kerana dia __________.

a)

telinga nipis

b)

rabun ayam

c)

anak bongsu

d)

puteri lilin

5.

Kecemerlangan Adriana dalam peperiksaan telah menjadi __________ orang kampungnya.

a)

buah mulut

b)

buah tangan

c)

buah hati

d)

buah fikiran

6.

Kristal suka membaca, maka dia digelar __________.

a)

mulut murai

b)

ulat buku

c)

ringan tulang

d)

tangkai jering

7.

Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di __________ Jalan Masjid India.

a)

kaki bangku

b)

kaki ayam

c)

kaki lima

d)

kaki bola

8.

Hakimi berasa __________ setelah dianugerahkan sebagai tokoh pelajar cemerlang negara.

a)

rambang mata

b)

bulat hati

c)

besar kepala

d)

besar hati

9.

Ilman merupakan anak tunggal yang menjadi __________ ibu bapanya.

a)

buah hati

b)

buah tangan

c)

ambil hati

d)

ayam tambatan

10.

Mukriz __________ kerana lewat bangun untuk ke sekolah.

a)

mandi peluh

b)

mandi kerbau

c)

makan angin

d)

ambil berat

11.

Cikgu Subhan menegur Herman kerana tulisannya seperti __________.

a)

rabun ayam

b)

kaki ayam

c)

cakar ayam

d)

ayam tambatan

12.

Fiqreez ber __________ apabila berjalan di tepi pantai.

a)

kaki bangku

b)

kaki judi

c)

kaki botol

d)

kaki ayam