wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2.4 dan 2.5

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Gerakan nasionalisme di Filipina telah dimulakan oleh Jose Rizal melalui Gerakan Propaganda. Apakah tuntutan gerakan tersebut?

a)

Pengembalian kuasa raja

b)

Jawatan dalam pentadbiran

c)

Pemerintahan kerajaan sendiri

d)

Hak yang sama dengan bangsa Sepanyol

2.

Apakah tindakan golongan nasionalis Filipina setelah Gerakan Propaganda gagal mencapai matlamatnya?

a)

Gerakan secara radikal

b)

Gerakan secara sederhana

c)

Membubarkan Liga Filipina

d)

Bekerjasama dengan Sepanyol

3.

Bagaimanakah Emilio Agulnado berjaya menyingkirkan Sepanyol dari Filipina?

a)

Strategi peperangan

b)

Gerakan secara militan

c)

Bekerjasama dengan Amerika

d)

Bekerjasama dengan Jepun

4.

Andaikan anda seorang pemimpin kepada Gerakan Katipunan di Filipina. Apakah medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

a)

Surat

b)

Akhbar

c)

Majalah

d)

Telegram

5.

Mengapakah isu kasut penting kepada pergerakan nasionalisme di Burma?

a)

Mencabuli hak asasi

b)

Penularan budaya Barat

c)

Mencemari kesucian agama

d)

Penghinaan kepada orang Burma

6.

Apakah akhbar yang digunakan oleh golongan nasionalis Vietnam untuk menyebarkan ideologi mereka?


I Lat Pau

II Tribune Indige

III Cloche Felee

IV Kalayan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Gambar berikut berkaitan karya yang dihasilkan oleh Raden Adjeng Kartini.


Apakah isu yang dibincangkan dalam karya tersebut?

a)

Kemunduran rakyat

b)

Kemerosotan ekonomi

c)

Ketidakadilan undang-undang

d)

Kelemahan sistem pemerintahan

8.

Parti Muhammadiyah merupakan pertubuhan nasionalisme tahap awal di Indonesia. Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?

a)

Menuntut kebebasan bersuara

b)

Melaksanakan pemberontakan

c)

Menuntut pemerintahan sendiri

d)

Menentang sekularisme

9.

Gerakan nasionalisme di Indonesia menjadi lebih radikal dengan penubuhan parti yang memperjuangkan kemerdekaan.

Apakah parti tersebut?

I Sarekat Islam

II Muhammadiyyah

III Parti Rakyat

IV Partai Nasionalis Indonesia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Berikut ialah ikrar Sumpah Pemuda yang menjadi tonggak nasionalisme di Indonesia.


Satu tanahair, Satu bangsa, X


Apakah X ?

a)

Satu keazaman

b)

Satu perjuangan

c)

Satu bahasa

d)

Satu budaya

11.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Kuasa pembesar diperkukuh

b)

Permulaan pemerintahan republik

c)

Dasar tutup pintu dikuatkuasakan

d)

Penamatan sistem raja berkuasa mutlak

12.

Nasionalisme di Thailand turut berkait rapat dengan perasaan tidak puashati terhadap kapitalis barat dan orang cina.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pibul Songgram sebagai perdana menteri Thailand?

a)

Pelaksanaan undang-undang

b)

Penutupan kilang-kilang asing

c)

Dasar tutup pintu dikuatkuasakan

d)

Membunuh orang cina dan barat

13.

Pada tahun 1939, nama Siam telah ditukarkan kepada Thailand.

Thailand bermaksud

a)

tanah untuk bangsa Siam

b)

tanah merdeka

c)

tanah yang luas

d)

tanah bebas

14.

Apakah tindakan Sultan Mahmud Syah untuk mendapatkan semula Melaka dari Portugis?

a)

Melakukan serangan

b)

Mengadakan perjanjian

c)

Berpakat dengan Belanda

d)

Mengakui kekuasaan Portugis

15.

Maklumat berikut berkaitan tokoh-tokoh penentangan pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20.

- Dato Maharaja Lela

- Dato Bahaman

- Rentap

- Mat Salleh


Mengapakah penentangan mereka menemui kegagalan?

a)

Strategi kurang berkesan

b)

Kekurangan senjata moden

c)

Pengkhianatan rakyat tempatan

d)

Tindakan keras oleh penjajah