wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Terbitnya Fajar Dakwah

Total questions: 26

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Rasulullah SAW melaksanakan tugas dakwah secara sulit hampir______ tahun

a)

lima

b)

tiga

c)

tujuh

d)

sembilan

2.

Sahabat baik Rasulullah SAW yang terawal memeluk Islam semasa dakwah secara sulit ialah ______

a)

Ali bin Abi Talib

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Abu Bakar as-Siddiq

d)

Uthman bin Affan

3.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan dakwah secara sulit. (Pilih dua jawapan sahaja)

a)

Rasulullah SAW menyeru kepada kaum kerabat

b)

Rasulullah SAW menyeru individu daripada keluarga terdekat

c)

Rasulullah SAW menyeru sahabat yang rapat

d)

Rasulullah SAW menyeru masyarakat awam

4.

Rumah ______ dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam semasa dakwah Rasulullah SAW secara sulit.

a)

Zaid bin Harithah

b)

Abu Bakar as-Siddiq

c)

Abu Talib

d)

Al-Arqam bin Abu Al-Arqam

5.

Antara berikut, yang manakah hikmah strategi dakwah Rasulullah SAW secara sulit? (pilih dua jawapan sahaja)

a)

Memantapkan akidah umat islam yang masih baru dengan ajaran Islam

b)

Menyuntik semangat dakwah dalam diri

c)

Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan

d)

Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam

6.

- Mengamalkan perhambaan

- Menolak persamaan taraf

- Berpegang kuat dengan semangat perkauman

Pernyataan diatas merujuk kepada faktor penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW dari aspek ______

a)

Agama

b)

Ekonomi

c)

Sosial

d)

Politik

7.

Pilih pernyataan yang betul mengenai faktor penentangan Musyrikin Mekah terhadap dakwah Rasulullah SAW dari sudut agama.

a)

Golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan kuasa

b)

Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka

c)

Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas kerana Islam menentang penyembahan berhala

d)

Mereka menolak keadilan sosial yang dibawa oleh Islam

8.

Penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW muncul apabila ______

a)

Ekonomi mereka terjejas

b)

Baginda berdakwah secara terang-terangan

c)

Baginda berdakwah secara sulit

d)

Umat Islam semakin bertambah

9.

Pilih pernyataan yang betul antara bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW semasa berdakwah. (pilih dua jawapan sahaja)

a)

Pemimpin Quraisy bertemu dengan Abu Talib

b)

Memberi segala bentuk bantuan dan perhubungan dengan keluarga nabi

c)

Memuji-muji akhlak Rasulullah SAW

d)

Menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah SAW

10.

-Mentauhidkan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT

-Hanya Allah SWT sahaja yang disembah

Pernyataan di atas merujuk kepada perubahan masyarakat Arab setelah menerima Islam dari sudut ______.

a)

Akidah

b)

Akhlak

c)

Sosial

d)

Syariat

11.

Pilih pernyataan yang betul mengenai keadaan masyarakat Arab setelah menerima Islam dari segi akhlak.

a)

Meninggalkan kepercayaan syirik

b)

Hidup berpandukan al-Quran dan sunnah

c)

Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan persaudaraan

d)

Menyembah dan menjadikan Allah sahaja tempat mengharapkan sesuatu hajat

12.

Wanita pertama memeluk Islam ialah ______.

a)

Saidatina Khadijah

b)

Saidatina Fatimah

c)

Saidatina Aishah

d)

Saidatina Hafsah

13.

Lelaki dewasa yang pertama memeluk Islam ialah ______.

a)

Abu Talib

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Amru bin al-As

d)

Abu Bakar as-Siddiq

14.

Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam ialah ______.

a)

Zaid bin Harithah

b)

Ali bin Abi Talib

c)

Ubaidullah bin al-Jarrah

d)

Uthman bin Affan

15.

Hamba pertama yang memeluk Islam ialah ______.

a)

Ammar bin Yasir

b)

Sumayyah

c)

Bilal bin Rabah

d)

Halimatul Saadiah

16.

Kaum Musyrikin Mekah memulaukan nabi serta keluarga Bani hashim dan Bani Mutalib.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Abu Lahab telah mencadangkan supaya Rasulullah SAW dibunuh kerana masih meneruskan dakwah.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Kaum Musyrikin menyakiti dan menyeksa Rasulullah SAW dan umat Islam termasuk hamba seperti Bilal bin Rabah.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Kaum Musyrikin membenarkan Rasulullah SAW dan keluarga baginda sahaja untuk mengamalkan ajaran Islam.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Rasulullah SAW naik ke bukit Safa untuk mengajak masyarakat mekah beriman kepada Allah SWT.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Rasulullah SAW meminta umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mencari tempat selamat kerana rajanya baik.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada waktu malam untuk mengelak gangguan kafir Quraisy.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Rasulullah SAW menjemput semua keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan sebelum menyampaikan ajaran Islam.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Jelaskan dua hikmah strategi dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan.

4 lines
25.

Nyatakan dua strategi dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan.

4 lines
26.

'Rakan sekelas anda suka bergaduh dan sering melanggar disiplin sekolah. Sikapnya menyebabkan rakan-rakan yang lain menjauhkan diri daripadanya.'

Berdasarkan situasi di atas, sebagai ketua kelas, terangkan bagaimana untuk memastikan dia tidak lagi bersikap demikian.

4 lines