NEW
Font size
WorksheetsMaksud Puisi
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Syair Hidup Berjiran
Berbilang bangsa berpadu erat,
Jiran tetangga harus sepakat,
Segala usaha harus muafakat,
Agar hidup menjadi berkat
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita haruslah hidup bersatu padu dan bermuafakat bersama jiran tanpa mengira bangsa supaya hidup kita mendapat keberkatan.
Kita haruslah hidup bekerjasama dengan semua orang tanpa mengira agama supaya hidup kita tenang.
Syair Hidup Berjiran
Bersama-sama jaga kediaman,
Saling memahami sesama jiran,
Elakkan perpecahan dan persengketaan,
Agar hidup gembira dan aman.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita haruslah jaga rumah kita dan juga rumah jiran. Ini dapat mengelakkan salah faham dan pergaduhan dengan ahli keluarga sendiri.
Kita haruslah bekerjasama menjaga kawasan tempat tinggal kita dan mengamalkan sikap memahami sesama jiran. Ini kerana kita dapat mengelakkan masalah dan dapat hidup dengan bahagia dan tenang.
Syair Hidup Berjiran
Hidup berjiran asas perpaduan,
Bergaul mesra bertukar fikiran,
Jadikan ia sebagai pedoman,
Hidup bahagia masa hadapan.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita mestilah memupuk nilai perpaduan dan pergaulan mesra melalui kehidupan berjiran supaya nilai tersebut akan menjadi kunci kebahagiaan kita.
Kita haruslah mengamalkan nilai perpaduan di Malaysia kerana terdapat pelbagai kaum. Kita juga perlu menolong orang setiap masa supaya kita akan gembira.
Syair Sesuci Hati
Ingatlah pesanan buat iktibar,
Dengan rakan haruslah bersabar,
Sentiasalah bertanyakan khabar,
Pasti teman tersenyum lebar.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita haruslah amalkan sikap penyayang dengan rakan kita dan sentiasa mendoakan rakan kita supaya hidup rakan kita berkat.
Kita haruslah mengamalkan sikap bersabar dengan rakan kita dan perlu kerap bertanyakan khabar rakan supaya rakan kita gembira.
Syair Sesuci Hati
Jika salah silap sudah terbukti,
Pohonlah maaf ikhlas di hati,
Usah berdendam usah sakiti,
Rakan taulan suka dekati.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita haruslah meminta maaf kepada kawan kita jika kita telah berbuat salah. Kita juga harus elakkan perasaan berdendam supaya kita sentiasa rapat dengan kawan kita.
Kawan kita perlu meminta maaf kepada kita walaupun dia tidak bersalah kerana kita perlu menjaga hati kawan.
Syair Sesuci Hati
Teman baik tempat bercerita,
Luahkan rasa kasih dan cinta,
Hendaklah saling seia sekata,
Dapat mengelak rasa sengketa.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita boleh bercerita tentang segala yang berlaku di rumah dan disekolah kepada rakan kita. Ini akan membuatkan kita rapat sentiasa.
Jika kita mempunyai rakan baik, kita boleh meluahkan perasaan dan juga bercerita dengan rakan kita.
Syair Sesuci Hati
Supaya diriku tidak tersisih,
Bersatu padu usah selisih,
Sentiasalah berjiwa bersih,
Semurni hati sesuci kasih.
Apakah maksud rangkap syair diatas?
Kita haruslah bersatu padu dan sentiasa bersikap baik dengan rakan kita.
Kita haruslah menwujudkan perselisihan faham dengan rakan supaya diri tersisih.
Pantun Ilmu
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati,
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga mati.
Apakah maksud rangkap pantun diatas?
Kita harus menimba ilmu kematian supaya hidup kita bercahaya.
Kita haruslah menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat kita kerana ilmu merupakan cahaya kehidupan kita.
Pantun Ilmu
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu,
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Apakah maksud rangkap pantun diatas?
Jika kita rajin berusaha kita akan mudah menimba ilmu.
Kita haruslah bersusah payah mencari ilmu.
Pantun Ilmu
Gembira sungguh berhari raya,
Tetamu datang tiada henti,
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Apakah maksud rangkap pantun diatas?
Ilmu yang kita pelajari merupakan kekayaan yang paling bermakna dalam hidup kita.
Kita haruslah mencari kekayaan menggunakan ilmu kita.
