wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Berterima kasih terhadap jiran Tahun 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Jiran melawat kamu ketika kamu menerima rawatan di hospital. Namun, kamu tidak menghargai kedatangan mereka dan menganggap privasi kamu terganggu. Apakah kesannya?

a)

Hubungan silaturahim menjadi renggang

b)

kehidupan menjadi lebih seronok

2.

Jiran kamu yang baru pulang dari pasar telah memberikan buah rambutan kepada kamu. Kamu pula tidak mengucapkan terima kasih. Apakah kesannya?

a)

Hubungan menjadi erat

b)

Jiran akan menganggap kamu tidak mengenang budi

3.

Kamu dan jiran yang lain tidak mengambil bahagian dalam aktiviti keselamatan rukun tetangga yang diadakan. Apakah kesannya?

a)

Komuniti jiran semakin mesra

b)

Keselamatan di kawasan kejiranan tidak terjamin

4.

Jacob tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada jirannya yang selalu menemani neneknya ke pasar. Apakah kesannya?

a)

Jiran akan terasa hati

b)

Hubungan dengan jiran bertambah mesra.

5.

Kamu tidak berterima kasih kepada jiran yang menolong kamu membaiki atap rumah. Apakah kesannya?

a)

Hubungan bertambah mesra

b)

Hubungan bertambah renggang

6.

Yang manakah merupakan cara berterima kasih?

a)

mendoakan kesejahteraan jiran

b)

tidak bercakap

7.

Yang manakah merupakan cara berterima kasih?

a)

menziarahi jiran ketika sakit

b)

menjatuhkan imej jiran

8.

Yang manakah merupakan cara berterima kasih?

a)

mengambil berat tentang kebajikan jiran

b)

memecahkan pasu bunga jiran

9.

Abang jiran kamu telah berjaya menyelamatkan kamu daripada lemas ketika kamu menyertai perkelahan anjuran kawasan kejiran. Apakah cara berterima kasih yang akan kamu lakukan?

a)

memberi hadiah atau kad ucapan sebagai tanda terima kasih

b)

buat tidak tahu

10.

Jiran kamu amat mengambil berat tentang keselamatan rumah kamu ketika kamu dan keluarga pulang bercuti ke kampung. Apakah cara membalas jasa jiran?

a)

membawa buah tangan kepada jiran

b)

membiarkan sahaja

11.

Ucapan ___________ perlu diamalkan jika seseorang itu menghulurkan bantuan kepada kita.

a)

terima kasih

b)

jumpa lagi

c)

selamat datang

d)

selamat jalan

12.

Saya berasa ___________ apabila berterima kasih kepada jiran.

a)

sedih

b)

lega

c)

gembira

d)

dengki

13.

Kita memberikan hadiah kepada jiran untuk ____________ atas jasa mereka.

a)

menjaga

b)

berterima kasih

c)

mempertimbangkan

d)

sangsi

14.

Tina membantu datuk Aira _____________ jalan raya yang sibuk.

a)

menyeberangi

b)

menyusur

c)

melihat

15.

Jiran Mei Lan selalu ____________ makanan atau kuih-muih kepada Mei Lan sekeluarga.

a)

meminta

b)

memberikan

c)

menyimpankan

16.

Ayah ______________ buah tangan untuk jiran semasa pergi bercuti ke Singapura.

a)

membelikan

b)

menjagakan

c)

menyumbangkan

17.

Jiran _______________ keselamatan rumah Anand ketika dia sekeluarga pulang ke kampung.

a)

,menceroboh

b)

membiarkan

c)

menjaga

18.

Meena _________________ pokok bunga di halaman rumah jirannya yang telah layu.

a)

meracun

b)

menyiram

c)

memetik

19.

David _____________ anak jirannya yang mengalami kemalangan.

a)

membiarkan

b)

membantu

c)

memukul

20.

Ibu ________________ jiran yang sedang sakit di hospital.

a)

menziarahi

b)

menjaga

c)

mengutuk

21.

Sandy mengucapkan ______________ kepada Makcik Intan kerana menumpangkanya semasa balik dari sekolah.

a)

terima kasih

b)

selamat jalan

c)

tahniah

22.

Puan Sally memberikan buah manggis kepada Neeta sebagai tanda ________________ bantuan Neeta menjagakan anaknya.

a)

menghargai

b)

menyokong

c)

menyindir

23.

Alina membawa _____________ untuk Arianna sebagai tanda terima kasih kerana sering melawat dan meminjamkan nota pelajaran ketika Alina sedang dirawat di hospital.

a)

buah hati

b)

buah mangga

c)

buah tangan

24.

Apabila jiran mneghulurkan bantuan, kamu patut ______________

a)

menolak bantuannya

b)

mengucapkan terima kasih

c)

tidak menghiraukannya

25.

Kita mestilah __________________ kepada jiran yang memberikan bantuan dan sokongan moral dalam kehidupan kita

a)

berbudi bahasa

b)

berbaik-baik

c)

berterima kasih