NEW
Font size
WorksheetsPantun Nasihat
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Kita perlu berbangga dengan adat istiadat yang mementingkan budaya sopan santun.
Kanak-kanak kecil tidak perlu diajar bersopan santun sehinga mereka dewasa.
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Untuk menjadi seorang yang jujur kita haruslah mencarik baju.
Peribadi sesorang itu harus sentiasa jujur walaupun tidak mempunyai harta yang banyak.
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
kita perlu bersungguh-sungguh mempelajari ilmu kerana berguna di masa hadapan.
Mencari ilmu sangat penting untuk menduduki peperiksaan agar tidak dimarahi ibu bapa.
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Sebagai orang dewasa, kita perlu membimbing kanak-kanak agar mereka tidak melakukan kesalahan.
Kanak-kanak suka melakukan kesalahan kerana mereka suka bermain.
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Tidak perlu mendengar guru mengajar di dalam kelas kerana boleh pergi tuisyen.
Seorang murid haruslah memberi tumpuan semasa guru mengajar supaya mudah faham.
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Jika kita seorang murid yang pandai, kita boleh merendahkan kawan yang kurang pandai.
Walaupun seseorang itu pandai kita perlu merendah diri.
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Kita dinasihatkan tidak melupakan ilmu jika ingin menjadi kaya.
Seorang yang kaya boleh menjadi seorang yang pandai.
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Kegagalan kita mungkin disebabkan oleh orang lain.
Lihat kelemahan diri sendiri jika kita gagal melakukan sesuatu.
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kita haruslah sentiasa menjaga ibu bapa kita selagi mereka masih hidup.
Ibu bapa tidak perlu dijaga kerana mereka sudah besar.
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.
Jika kita rajin pergi tuisyen, kita pasti akan berjaya dalam peperiksaan.
JIka ingin berjaya kita perlu belajar dengan bersunguh-sungguh.
