wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN KPD REKA CIPTA

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pilih TIGA penyataan yang BENAR mengenai Reka Cipta?

a)

Barang yang pertama kali dicipta atau ciptaan baharu

b)

Suatu rekaan yang hebat, teknikal dan kompleks

c)

Menerbitkan idea dan menyelesaikan masalah

d)

Rekaan yang mudah dan ringkas serta dapat menyelesaikan masalah pengguna

2.

Sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baharu. *

a)

Inventif

b)

Inovasi

c)

Kreativiti

d)

Reka cipta

3.

Berupaya (cenderung, suka dan sebagainya) mereka cipta sesuatu (benda dan sebagainya) yang baharu atau berdaya cipta. *

a)

Inventif

b)

Inovasi

c)

Kreativiti

d)

Reka cipta

4.

Pilih DUA penyataan yang BETUL menerangkan ciri manusia Zaman Prarevolusi Industri

a)

Barangan keperluan harian dan senjata ringkas dihasilkan sendiri

b)

Menetap di suatu tempat secara berkelompok

c)

Gua dan pokok besar sebagai tempat perjumpaan sosial dan rekreasi

d)

Mempunyai pereka-pereka yang membantu mereka peralatan dan senjata daripada tulang binatang, batu dan kayu

5.

Zaman Revolusi Industri bermula lewat tahun 1750-an di negara ...

a)

Jerman

b)

Jepun

c)

Amerika Syarikat

d)

England

e)

Itali

6.

DUA golongan yang memainkan peranan dalam menjayakan pengeluaran besar-besaran di Zaman Revolusi Industri ialah ...

a)

Ratu dan Raja

b)

Pemerintah

c)

Pengusaha Industri

d)

Pengguna (penduduk atau rakyat)

e)

Pekerja Industri

7.

Penyataan ini tepat bagi menerangkan hasil reka ciptaan berikut ...

a)
b)
c)
d)
8.

Pada tahun 1825, George Stephenson telah mereka cipta lokomotif enjin stim dan telah memberi impak besar kepada perkembangan industri pada ketika itu. Siapakan pereka yang telah berjaya mencipta lokomotif enjin tenaga stim sebelum George Stephenson pada tahun 1801?

a)

James Watt

b)

Richard Trevithick

c)

Benjamin Franklin

d)

Carl Benz

9.

Yang manakah antara berikut BETUL menerangkan tentang tenaga boleh diperbaharui?

a)

Mengambil masa yang sangat lama untuk memperbaharui

b)

Sumber tenaga ini tidak akan habis dan tahan lama

c)

Memberikan kesan buruk kepada bumi kerana membebaskan gas karbon monoksida

d)

Mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar

e)

Contoh angin, air, suria, geoterma

10.

Anak kelahiran Kelantan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan kemahiran di Institut Kemahiran MARA (IKM). Siapakah nama pereka ciptaan ini.

a)

Zulkifli Haji Osman

b)

Zakaria Haji Haron

c)

Zulkifli Haji Haron

d)

Zakaria Haji Osman

11.

Pilih TIGA hasil reka ciptaan beliau.

a)

Sistem Oceantronic

b)

Sistem lampu isyarat lalulintas

c)

Hoverkraf

d)

Rumah Lot 2020

e)

Mesin parut kelapa

12.

FLUSH n WASH Water cistern adalah hasil ciptaan ...

a)

Zulkifli Haji Haron

b)

Robest Yong

c)

James Dyson

d)

Steve Jobs

13.

Alat kelengkapan mengeringkan tangan di tandas "Airblade" adalah hasil ciptaan ...

a)

Dieter Rams

b)

Robest Yong

c)

James Dyson

d)

Steve Jobs

14.

Taqi ad-Din Muhammad ibn Ma'ruf merupakan seorang ilmuan Islam yang berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, jam, kejuruteraan, matematik, mekanikal, optik dan falsafah. Beliau telah membina balai cerap angkasa semasa pemerintahan kerajaan .......... di ..........

a)

Kesultanan Melayu ... Melaka

b)

Saidina Umar Al-Khattab ... Madinah

c)

Uthmaniyah ... Turki

d)

Saidina Uthman Ibnu Affan ... Madinah

15.

Penyataan-penyataan berikut menerangkan satu ciri pereka cipta, iaitu ...

a)

Minat

b)

Empati

c)

Empiritif

d)

Peerseptif

16.

Seseorang pereka cipta membuat tafsiran maklumat deria penglihatan, pendengaran dan bau untuk memahami keadaan alam sekeliling, yang seterusnya membawa kepada satu capaian keputusan melalui rangsangan fizikal dan kimia badan.

a)

Minat

b)

Kreatif

c)

Inovatif

d)

Perseptif

17.

Pilih TIGA cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pereka yang tidak putus asa

a)

Sesuatu rekaan yang dihasilkan tidak semestinya akan berjaya pada percubaan pertama

b)

Pelbagai bentuk ujian, masalah dan cabaran sepanjang mereka cipta

c)

Pujian dan pengiktirafan keluarga

d)

Beberapa kegagalan sepanjang proses reka cipta dijalankan

e)

Ramai pereka cipta yang turut membantu

18.

Mengapakah seorang pereka cipta perlu mempunyai ciri menjaga alam sekitar? (Pilih DUA sebab)

a)

Alam sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini

b)

Pereka cipta akan mendapat anugerah dan pengiktirafan global

c)

Dapat menggalakkan pencemaran dan tidak berlaku kerosakan sumber alam

d)

Pereka cipta dapat menggalakkan pengguna menghargai alam sekitar

19.

Apakah peranan utama seorang pereka cipta dalam penghasilan produk?

a)

Membuat keputusan pembelian produk yang terbaik berdasarkan faktor-faktor pemilihan produk

b)

Menentukan reka bentuk struktur bagi binaan-binaan besar agar kukuh dan tidak merbahaya

c)

Membuat keputusan dalam menentukan arah tuju konsep rekaan dari aspek fungsi, nilai estetik seperti rupa bentuk sesuatu rekaan dan mengikut arus perkembangan semasa

d)

Mempengaruhi pengguna agar membuat pilihan produk barangan dan perkhidmatan yang terbaik melalui kajian produk yang betul

20.

Pilih TIGA peranan pereka cipta daripada penyataan-penyataan berikut: *

a)

Meningkatkan kualiti kehidupan pereka cipta dengan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian beliau

b)

Meningkatkan produktiviti kerja dan perlaksanaan aktiviti dengan lebih efektif dengan penghasilan rekaan yang berkualiti tinggi

c)

Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif dan efisyen dengan menggabungkan seni, sains dan teknologi serta mengaplikasikan nilai-nilai komersial dalam penghasilan rekaan.

d)

Mengaplikasi sains dan teknologi terkini dalam penghasilan rekaan yang menyumbang kepada penguasaan teknologi dunia oleh negara kita.

e)

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi dengan melibatkan kemahiran kreatif, kritikal dan analitikal dalam proses mereka cipta.