WorksheetsRBT: Ting. 1 Ibnu Khaldun (Bab :2.1.4 -2.1.7)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
(Bab : 2.1.4 / ms : 37)
Rajah di atas menunjukkan contoh carta gantt.
Antara berikut manakah kepentingan penyediaan carta tersebut dalam melaksanakan sesuatu projek?
Mengelakkan berlakunya pertindihan kerja antara ahli pasukan
Mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan
Memudahkan perbincangan dalam mengubah suai produk
Mengenal pasti perkembangan dan kedudukan projek dengan cepat dan pantas
(Bab : 2.1.4 / ms : 37)
Penjadualan yang menunjukkan perjalanan aktiviti dari satu peringkat ke peringkat lain dengan mengikut urutan di sebut _____________________
Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian
Carta gantt
Carta bar
(Bab : 2.1.5 / ms : 38)
Dalam proses menganalisis perancangan projek, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan ............................
Kertas konsep
Jadual kerja
Kertas kerja
Jadual konsep
(Bab : 2.1.5 / ms : 38)
Berikut adalah garis panduan yang terlibat dalam penyediaan penjadualan projek kecuali ......................
Menentukan jadual aktiviti
Menyusun aktiviti mengikut keperluan
Membangunkan jadual
Menganggarkan kos dan menyediakan jadual
Membuat lakaran
(Bab : 2.1.6 / ms : 40)
Kaedah yang digunakan untuk menyediakan anggaran kos awal ialah : ...........................
(Pilih 2 jawapan)
Kaedah unit/kuantiti
Kaedah lump sum
Konsep SMART
(Bab : 2.1.6 / ms : 40)
Penyediaan anggaran kos bagi kaedah ini adalah pantas, namun ia tidak begitu tepat dan tidak mengambil kira keseluruhan kos barangan ynag terlibat. Apakah kaedah penyediaan anggaran kos tersebut ?
Kaedah unit / kuantiti
Konsep SMART
(Bab : 2.1.6 / ms : 40)
Penyediaan anggaran kos ialah ....................
Satu proses wajib dilakukan oleh pengurus projek yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada perunding bahan.
Satu proses utama yang dilakukan oleh pereka bentuk yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pelanggan.
Satu proses yang wajib dilakukan oleh perunding bahan yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pihak pelanggan.
(Bab : 2.1.6 / ms : 40)
Maklumat di bawah berkaitan penyediaan anggaran kos bagi kasut.
Kos penyediaan sepasang kasut ialah : RM100
Jumlah barang : 200 kasut
Berapakah kos yang diperlukan mengikut kaedah unit?
RM 200
RM 2 000
RM 20 000
RM 200 000
(Bab : 2.1.6 / MS : 40)
Berikut adalah penerangan yang benar mengenai konsep SMART kecuali
(S) : Specify ~ penetapan tujuan atau objektif projek.
(M) : Measurable ~ pengukuran pengagihan MODAL dalam kos-kos yang tidak terlibat.
(A) : Attainable ~ bermaksud projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja.
(R) : Realistic ~ kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek.
(T) : Time-bound ~ masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek itu.
(Bab : 2.1.6 / ms : 41)
Kos upah dikira dengan...........
Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam
Bilangan pekerja x kadar upah sejam
Bilangan pekerja x kadar upah sehari x bilangan unit yang dikeluarkan
Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam x bilangan hari
(Bab : 2.1.6 / ms : 41)
Berikut merupakan beberapa jenis belanja yang diambil kira semasa mengira Kos Overhed kecuali...
Bil telefon
Bil air
Upah
Bil elektrik
(Bab : 2.1.6 / ms : 41)
Kos modal dikira dengan.................
Kos Jualan + Untung Yang dijangkakan + Kos Upah
Kos Bahan x Kos Upah x Kos Overhed
Kos Upah + Kos Tambang + Kos Jualan
Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed
(Bab : 2.1.6 / ms : 41)
Jika Kos Jualan sesuatu produk ialah RM10.00 dan Kos modalnya RM6.00, berapakah keuntungan yang diperolehi.
RM16.00
RM4.00
RM60.00
RM1.67
(Bab : 2.1.7 / ms : 42)
Yang manakah antara berikut kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?
(Pilih 3 jawapan)
Tanggungjawab akan dikongsi
Hasil yang optimum
Penghargaan dan iktiraf dikongsi bersama.
Komunikasi terbuka
Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi ahli lain.
(Bab : 2.1.7 / ms : 43)
Di dalam pembentukan individu dalam sesuatu pasukan kerja, latihan yang diberikan haruslah....
tersusun, terancang dan terkawal bagi meningkatkan kemahiran setiap individu di dalam pasukan kerja.
terancang rapi bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan operasi sesuatu organisasi.
terancang bagi meningkatkan kemahiran, komunikasi, dan kemahiran yang diperlukan.
