Font size
WorksheetsTatabahasa - Kata Ganda
Total questions: 14
Worksheet time: 5mins
Yang manakah ialah kata ganda jenis gandaan penuh?
Anak-anak
Anak-pinak
Gelak-gelak
Tanah-tanih
Yang manakah ialah kata ganda jenis gandaan separa?
Lelaki
Suku-sakat
Bebiri
Batu-batan
Yang manakah ialah kata ganda jenis gandaan berentak?
Kuih-muih
Batuk-batuk
Berbual-bual
Lauk-pauk
Thaqif menggunakan ___________ untuk melicinkan papan yang akan digunakan bagi menghasilkan projek kerja kayunya.
tetupai
keketam
kekisi
sesiku
________________ merupakan sejenis kauih yang diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kelapa parut.
Onde-onde
Jemput-jemput
Otak-otak
Pulut-pulut
Murid-murid dalam setiap kumpulan ________________ bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
berbantah-bantah
berbalas-balas
berubah-ubah
bertukar-tukar
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kerja berkumpulan itu dapat kita siapkan dengan mudah jika kita saling bantu-membantu.
saling bantu
saling dibantu
saling membantu
saling bantu-membantu
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Hanya menggunakan laman sesawang, segala maklumat-maklumat yang kita perlukan dapat diperoleh dengan mudah.
segala maklumat
segala semua maklumat
segala-gala maklumat
segala maklumat-maklumat
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.
Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
"Semua murid (A) perlu duduk di tempat masing (B) sebelum saya mengedarkan kertas-kertas (C) peperiksaan ini," kata Cikgu Laiman. Tiada kesalahan (D)
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.
Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
"Hasil ciptaan (A) ketiga-tiga (B) orang murid-murid (C) itu berjaya mendapat johan dalam Pertandingan Inovasi Sains peringkat negeri. Tiada kesalahan (D)
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.
Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
"Pendebat-pendebat (A) daripada kedua-dua (B) sekolah berbalas-balas (C) pendapat tentnag tema alam sekitar. Tiada kesalahan (D)
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang betul.
Petani mencacakkan orang-orang di bendang untuk menghalau burung.
Ahli pengakap itu mengutup ranting-ranting kayu untuk dijadikan unggun api.
Ubat-ubatan perlu disediakan semasa mengembara di hutan.
Selepas siap membuat kerja sekolah, saya berbincang jawapan dengan semua rakan-rakan.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Segala nasihat-nasihat yang diberikan oleh pakar pemakanan akan saya patuhi.
Ilmu dapat diperoleh di mana-mana sahaja.
Bahan-bahan bacaan itu memberikan manfaat kepada murid.
Syafizal menghabiskan berjam-jam lamanya di perpustakaan.
Tahniah kepada semua kerana anda telah berjaya mempelajari topik Kata Ganda. Adakah anda semua faham apa yang disampaikan oleh cikgu?
Ya
Tidak Pasti
Tidak
