NEW
Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 3 Bab 4
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200m dari aras laut.
Apakah jenis hutan yang dinyatakan di atas?
Hutan Pantai
Hutan Gunung
Hutan Hujan Tropika
Hutan Paya Air Masin
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Hutan Hujan Tropika?
I Lantai hutan dibanjiri air hujan
II Lapisan tertinggi dikenali sebagai renjong
III Hujung daun berbentuk tirus
IV Pokok tumbuh renek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi akar jangkang?
I Menyerap cahaya matahari
II Memudahkan pokok menyerap udara
III Menyokong pokok agar tidak tumbang
IV Mengelakkan pokok ditenggelami air pasang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kawasan tanah pamah yang ditenggelami air ditumbuhi oleh
Hutan Pantai
Hutan Gunung
Hutan Paya Air Masin
Hutan Paya Air Tawar
Apakah faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Malaysia?
I Jenis tanih
II Bentuk muka bumi
III Kegiatan ekonomi
IV Tiupan angin monsun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah cahaya matahari sukar sampai ke lantai hutan hujan tropika?
Dihalang oleh akar ceracak
Dihalang oleh tumbuh-tumbuhan memanjat
Dihalang oleh lapisan emergen
Dihalang oleh lapisan kanopi
Apakah jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan ketinggian 3 000-4 000
meter di hutan gunung?
Pokok oak
Pokok tirus
Pokok paku pakis
Pokok bakau
*Cengal
*Meranti
*Keruing
Senarai kayu-kayan di atas boleh dijumpai di
Hutan Hujan Tropika
Hutan Paya Air Masin
Hutan Paya Air Tawar
Hutan Gunung
Apakah persamaan ciri hutan paya air masin dan hutan paya air tawar?
Tumbuh di kawasan yang bersaliran buruk
Terdapat pokok bakau
Daun gugur dalam musim kering
Terdedah kepada tiupan angin dari laut
Apakah kepentingan kawasan dalam maklumat di bawah?
* Taman Negara Endau-Rompin
* Lembah Danum
Meningkatkan suhu setempat
Membekalkan sumber kayu balak
Kawasan konservasi spesies gajah
Habitat semula jadi flora dan fauna
Apakah kepentingan kawasan tadahan air hujan terhadap alam sekitar?
I Menyederhanakan suhu
II Membekalkan sumber air bersih
III Meningkatkan pendapatan negara
IV Mengekalkan kawasan kajian pokok
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penebangan hutan secara tidak terancang dan berskala besar akan menyebabkan
I permukaan tanih terhakis
II sumber bekalan air semula jadi tercemar
III wujud pelbagai spesies flora dan fauna baharu
IV kawasan tadahan hujan semakin meluas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah agensi yang mengambil langkah dalam memulihara hutan?
I MPOB
II PERHILITAN
III FRIM
IV JPN
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara kesan negatif kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia ialah
I Ketidakseimbangan ekosistem
II Menyederhanakan suhu
III Kawasan tadahan hujan meluas
IV Hakisan tanah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia ialah
I Habitat
II Bahan mentah
III Iklim
IV Saliran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
