NEW
Font size
WorksheetsKata Nama Khas
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut yang manakah merupakan kata nama khas?
Stesen keretapi
Klinik Chong
Masjid
Antara berikut yang manakah merupakan kata nama khas?
Isteri
Ibu
Aishah
Antara berikut yang manakah merupakan kata nama khas?
Restoran
Pinggan mangkuk
IPhone
Antara berikut ayat manakah mengandungi kata nama khas?
Saya suka makan di restoran yang berdekatan dengan rumah saya.
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak kematian di Malaysia.
Buku cerita ini telah dihadiahkan kepada saya oleh ayah.
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Saya datang ke sekolah setiap hari dengan menaiki bas sekolah.
Saya suka bersenam di Taman Belia pada waktu lapang bersama adik-beradik saya.
Kucing kesayangan kakak yang comel itu bernama Si Tompok.
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Menara Berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur.
Kami telah pulang ke kampung yang terletak di Alor Setar untuk berjumpa datuk dan nenek.
Kita dihendaki pergi ke perpustakaan selepas waktu rehat.
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Alya telah ditegur oleh Cikgu Suraya semalam kerana dia tidak menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris.
Keadaan kesihatan ayah semakin pulih selepas dirawat di hospital.
Adakah rumah kamu terletak di Taman Seri Pinang?
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Aduh, sakitnya kaki saya akibat terpijak paku di padang!
Cikgu telah meminta semua murid berkumpul di makmal komputer bagi menonton filem Tarzan.
Ibu berpesan kepada ayah supaya membeli beras jenama Jati.
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Saya telah menolong ibu untuk menyiapkan kek sempena hari lahir abang.
Buku cerita yang bertajuk Sang Belang dan Sang Kancil itu telah dipinjam dari perpustakaan.
Pada setiap tahun saya bersama keluarga akan menunaikan solat Hari Raya di Masjid Negeri.
Antara berikut ayat manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?
Bilakah keretapi dari Seremban ke Taiping akan tiba di stesen?
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor kerana ingin merawat orang yang sakit.
Ayah mengajak kami membeli-belah di pasaraya Gurney Plaza untuk membeli pakaian raya.
