WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
wawasan
gagasan
cita-cita
hobi
________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
Cadangan
Pendapat
Suruhan
Gesaan
Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
gambaran
bayangan
kenangan
lukisan
Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.
pandangan
senyuman
jelingan
pujian
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.
ia
dia
beliau
mereka
"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
Pilih struktur ayat yang betul.
Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.
Encik Ram berasal dari Teluk Intan.
Pilih struktur ayat yang betul.
Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.
Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.
Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.
Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.
kunang-kunang
labah-labah
pijat-pijat
labi-labi
Yang manakah kata nama khas tak hidup bukan institusi ?
Kuala Lumpur
Bunga Raya Putih
Sang Bedal
Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Di bawah merupakan contoh bagi kata nama am tak hidup institusi kecuali ?
sekolah
mahkamah
gerai
universiti
Kata nama am terbahagi kepada dua iaitu ?
Manusia dan bukan manusia
Hidup dan tak hidup
Institusi dan bukan institusi
Konkrit dan abstrak
Apakah maksud pepatah ' berat mata memandang, berat lagi bahu memikul '
Adat resam tidak boleh dilanggar
Jika melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai mendapat hasilnya
Budi seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat sentiasa
Betapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
