wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PI PELAJARAN 20: TERBITNYA FAJAR DAKWAH

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Misi _____________ Rasulullah SAW bermula apabila turunnya _____________ daripada Allah SWT.

a)

dakwah, wahyu

b)

hijrah, wahyu

c)

seruan, perintah

2.

Pada peringkat awal dakwah, Rasulullah SAW menyeru individu daripada ______________ terdekat dan sahabat rapat.

a)

pembesar

b)

keluarga

c)

pemimpin

d)

jiran

3.

Antara orang terawal memeluk Islam ialah (pilih 3 sahaja)

a)

Saidatina Khadijah (isteri Rasulullah)

b)

Ali bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)

c)

Zaid bin Harithah (pembantu Rasulullah)

d)

Abu Bakar as-Siddiq (sahabat Rasulullah)

4.

Abu Bakar as-Siddiq berjaya berdakwah kepada orang berpengaruh dalam masyarakat seperti (pilih 2 sahaja)

a)

Usman bin Affan

b)

Abdul Rahman bin Auf

c)

Abu Jahal

d)

Abu Lahab

5.

Dakwah secara sulit mengambil masa hampir _____________ tahun.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

6.

Pusat penyebaran Islam semasa dakwah secara sulit ialah rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Dakwah secara terang-terangan Rasulullah SAW adalah terhadap kaum kerabat dan kepada masyarakat awam.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Antara strategi dakwah Rasulullah SAW ialah (pilih 3 sahaja)

a)

ucapan awam

b)

mencari sokongan

c)

mengadakan jamuan

d)

mengadakan majlis hiburan

9.

Baginda naik ke bukit _____________ dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan mengingati hari kiamat.

a)

Safa

b)

Hira'

c)

Marwah

d)

Uhud

10.

Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke _______________. Negara yang aman dan mempunyai raja yang baik.

a)

Habsyah

b)

Yaman

c)

Syam

11.

Antara strategi dakwah Rasulullah SAW adalah (pilih 2 sahaja)

a)

secara sulit

b)

secara terang-terangan

c)

secara maya

d)

secara utusan

12.

Tujuan dakwah secara sulit adalah bagi memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Dakwah secara terang-terangan bertujuan memantapkan akidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Mereka berpegang kuat dengan ajaran nenek moyang mereka, percaya kepada tuhan yang berbilang. Faktor penentangan kaum musyrikin ini merujuk _______________.

a)

Agama

b)

Ekonomi

c)

Politik

d)

Sosial

15.

Golongan pengukir dan peniaga berhala merasa terjejas kerana Islam melarang penyembahan berhala. Faktor penentangan ini merujuk _________________.

a)

Agama

b)

Sosial

c)

Politik

d)

Ekonomi

16.

Siapakah wanita pertama yang mati syahid kerana mempertahankan akidahnya?

a)

Sumayyah

b)

Khadijah binti Khuwailid

c)

Asma' binti Abu Bakar

d)

Aishah binti Abu Bakar

17.

Berikut adalah bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW. (pilih 3 sahaja)

a)

Memburuk-burukkan dakwah Islam

b)

Pemulauan

c)

Bunuh

d)

Membuat perjanjian

18.

Setelah menerima Islam, masyarakat arab jahiliah telah berjaya meninggalkan akhlak keji, menghapuskan semangat perkauman dan meninggalkan kepercayaan syirik.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW ialah (pilih 3 sahaja)

a)

Keunggulan akhlak Rasulullah

b)

Keadilan dan persamaan dalam Islam

c)

Semangat jihad yang tinggi

d)

Sokongan padu daripada negara jiran

20.

Berikut adalah iktibar daripada dakwah Rasulullah SAW kecuali

a)

Kewajipan kita untuk berdakwah

b)

Menunjukkan contoh teladan yang baik

c)

Memulakan dakwah kepada anggota keluarga

d)

Menyerahkan urusan dakwah kepada orang alim