wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MINGGU AKADEMIK 'BIDANG BAHASA'- BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan komsas?

a)

Kuiz sastera

b)

Kompenan sastera

c)

Keindahan bahasa

d)

Antologi sastera

2.

Berapa jauh wujud dengan sifat,

Sejauh lutut dengan pelipat.


Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat) di atas, gaya bahasa yang terdapat pada perkataan “dengan” ialah

a)

Anafora

b)

Metafora

c)

Responsi

d)

Epifora

3.

Menara tinggi banyak bertingkat,

Di sana tiada bilik bersekat,

Tiada bertangga naik melekat,

Mata-mata menjadi segenap pangkat.

(Dipetik daripada Syair Pohon Buluh)


Berdasarkan Syair Pohon Buluh di atas, apakah rima akhir

a)

abcc

b)

abcd

c)

abab

d)

aaaa

4.

Menara tinggi banyak bertingkat,

Di sana tiada bilik bersekat,

Tiada bertangga naik melekat,

Mata-mata menjadi segenap pangkat.

(Dipetik daripada Syair Pohon Buluh)


Frasa “banyak bertingkat” dalam rangkap syair ini menunjukkan banyak makna

a)

akar buluh

b)

daun buluh

c)

ruas buluh

d)

batang buluh

5.

Frasa “seperti kolam” mendukung gaya bahasa

a)

simile

b)

epifora

c)

metafora

d)

Asonansi

6.

Gaya bahasa sinkope banyak digunakan dalam karya sastera. Apakah yang dimaksudkan dengan sinkope

a)

pengulangan vokal yang sama dalam satu baris

b)

pengulangan konsonan yang sama dalam satu baris

c)

singkatan kata

d)

penggunaan alam semula jadi

7.

Terdapat pelbagai watak yang dimainkan dalam sesebuah novel yang anda kaji. Apakah yang dimaksudkan dengan watak antagonis

a)

Watak utama dalam sesebuah cerita

b)

Watak sampingan dalam sesebuah cerita

c)

Watak yang baik dalam sesebuah cerita

d)

Watak yang jahat dalam sesebuah cerita

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan “plot” dalam sesebuah cerpen atau novel

a)

puncak cerita

b)

urutan atau jalinan peristiwa

c)

perkembangan cerita

d)

konflik dalam sesebuah cerita

9.

“Memberi unsur atau sifat manusia atau benda hidup kepada benda bukan hidup”

Maksud yang diberikan di atas merujuk kepada gaya bahasa

a)

asonansi

b)

aliterasi

c)

personifikasi

d)

repitisi

10.

Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam pantun empat kerat kecuali

a)

mempunyai empat baris dalam satu rangkap

b)

bentuknya terikat

c)

mempunyai pembayang dan maksudnya

d)

rima akhir abcd

11.

Berdasarkan novel Destinasi Impian yang pernah anda pelajari di tingkatan 1, siapakah watak utama

a)

Sazali

b)

Firdaus

c)

Azlina

d)

Mazlinda

12.

Kucari damai di sini

cinta dan jati diri

bersemarak di laman sukma

dengan kasih sayang

bersemadi di naluri.

(Dipetik daripada sajak Kucari Damai di Sini)

Berdasarkan petikan sajak Kucari Damai di Sini rangkap kedua di atas, apakah bentuknya

a)

terdiri daripada empat baris

b)

jumlah patah perkataan setiap baris adalah sama

c)

rima akhir aabca

d)

bentuk sajak terikat

13.

Berikut merupakan teknik plot kecuali

a)

monolog

b)

dialog

c)

saspens

d)

peleraian

14.

Nada ialah alunan lembut atau keras, tinggi atau rendah bunyi yang terhasil daripada pengucapan sesebuah sajak. Jenis-jenis nada ialah

a)

melankolik

b)

sindiran

c)

paradoks

d)

kejutan

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan sinopsis

a)

gambaran sesebuah cerita

b)

cerita pendek

c)

susunan cerita

d)

suatu ringkasan keseluruhan cerita