wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6 KSSR

Total questions: 12

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mahaguru silat itu telah memberikan _________ tentang cara-cara mempertahankan diri daripada serangan musuh.

a)

gerak geri

b)

gerak kaki

c)

tunjuk ajar

d)

tunjuk langkah

2.

Zamri berjaya mendapat tempat _________ dalam pertandingan mencipta logo sukan asia.

a)

pertama

b)

kedua-dua

c)

separuh

d)

satu

3.

Baju yang baru dibeli oleh Nabila ada _________ kakaknya.

a)

pada

b)

dengan

c)

akan

d)

untuk

4.

Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang daripada berburu. Justeru, baginda perlu _________.

a)

bersemayam

b)

bersantap

c)

beradu

d)

bersiram

5.

Daniel bukan _________ orang untuk ditandingi dalam acara lompat tinggi.

a)

baik-baik

b)

calang-calang

c)

handal-handal

d)

hebat-hebat

6.

Naeem kelihatan (a)   apabila memakai baju Melayu semasa ke masjid.

7.

Laila telah menerima ________ kerana memandu melebihi had laju.

a)

surat tawaran

b)

surat permohonan

c)

surat saman

d)

surat jemputan

8.

Aril menemukan dua _______ rambut di dalam makanannya.

a)

helai

b)

keping

c)

cebis

d)

biji

9.

Puan Aminah guru kelas saya. ________ mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

a)

Kamu

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Kami

10.

Ayah Amirul telah menunaikan hasratnya untuk menaiki kapal terbang.


Pilih perkataan sinonim bagi menunaikan.

a)

memenuhi

b)

mematuhi

c)

mengikuti

d)

menguasai

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i. Hutangnya kepada Tauke Lim sudah jatuh.

ii. Tok Ngah sudah jatuh usianya.

iii. Buah durian itu jatuh ke tanah.

iv. Melaka jatuh ke tangan portugis.

a)

i

b)

ii

c)

iii

d)

iv

12.

Zulkifli telah meluahkan _______ untuk memiliki sebuah komputer kepada ibunya.

a)

isi hati

b)

ada hati

c)

jantung hati

d)

ambil hati