NEW
Font size
WorksheetsKUIZ 5
Total questions: 13
Worksheet time: 39mins
Apakah maksud rundingan kolektif?
Tawaran untuk berunding
Perbincangan oleh pihak majikan dan kesatuan
Rundingan bersama
Perbincangan berkumpulan
Tujuan perundingan kolektif dibuat adalah untuk ___________
membincangkan terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan
membina hubungan industri antara pekerja-kesatuan
menjadi medium provokasi terhadap majikan
menggalakkan tuntutan pekerja terhadap majikan
Pihak-pihak yang ingin berunding hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis untuk mengadakan rundingan dalam masa ________________
30 hari
28 hari
14 hari
7 hari
Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan menyenaraikan perkara yang dilarang daripada dirunding, salah satunya
masa bekerja
kenaikan gaji
kenaikan pangkat
perlindungan sosial pekerja
Pihak-pihak yang boleh menjadi pihak-pihak berkontrak adalah seperti berikut, KECUALI
Kesatuan Sekerja - Majikan
Kesatuan Majikan - Majikan
Kesatuan Majikan - Kesatuan Sekerja
Kesatuan Majikan - Pekerja
Sekiranya rundingan tidak diadakan dalam jangka masa dalam jangka masa 30 hari atau pelawaan ditolak, maka pihak berkenaan boleh
membuat aduan ke mahkamah
membuat pelawaan semula
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis
melaksanakan proses perdamaian
Apakah maksud prerogatif pengurusan
hak keistimewaan kesatuan sekerja terhadap majikan
hak keistimewaan pekerja terhadap majikan
hak keistimewaan majikan terhadap pekerja
hak keistimewaan majikan terhadap kesatuan sekerja
Berikut merupakan contoh-contoh prerogatif pengurusan, KECUALI
majikan memecat pekerja yang terlibat salah laku
majikan menaikkan pangkat pekerja yang berkelayakan
majikan membuat makan malam tahunan kepada pekerja
majikan mengadakan latihan dan pembangunan kepada pekerja
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah lokus standi.
perintah tetap
berniat baik / sesuci hati
berniat buruk
bersangka baik
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh majikan sekiranya majikan ingin memindahkan pekerja, KECUALI:
pertukaran untuk tujuan survive akibat COVID-19
pengurusan bertindak secara bona fide demi kepentingan perniagaan
pertukaran tidak bercanggah dengan kontrak/terma pekerjaan
Pertukaran melibatkan perubahan dalam syarat perkhidmatan
Azlan mengambil Jeslina bekerja tetapi tidak memberi apa-apa tugasan atau kerja, kerana Azlan hanya meminati Jeslina. Apakah prerogatif pengurusan yang telah disalahguna oleh Azlan?
Pertukaran Tempat Kerja
Pengambilan Pekerja
Penempatan
Pemilihan Pekerja
Mahkamah boleh campur tangan dan mempersoalkan tindakan prerogatif majikan sekiranya wujudnya_______________
penafian keadilan terhadap pekerja
keutamaan pekerja tempatan berbanding pekerja asing
unsur bona fide kepada pekerja
penurunan gaji akibat pengecilan operasi syarikat
Kesatuan sekerja yang berdaftar akan mendapat hak, kekebalan dan keistimewaan tertentu berbanding kesatuan sekerja yang tak berdaftar, KECUALI
Kekebalan daripada kesalahan melibatkan konspirasi mogok
kekebalan daripada liabiliti tort
Hak untuk menyaman
kekebalan daripada kesalahan jenayah merusuh
