WorksheetsQuiz FEQAH KORBAN TINGKATAN 4
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Amalan menyembelih binatang ternakan an'am pada 10 Zulhijjah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah adalah merujuk kepada ibadat
akikah
korban
sembelihan
nazar
Hukum mengerjakan ibadat korban bagi sesiapa yang bernazar ialah
wajib
sunat muakkad
fardhu 'ain
makruh
Ibadat korban disyariatkan pada tahun ke berapa hijrah?
Pertama Hijrah
Kedua Hijrah
Ketiga Hijrah
Keempat Hijrah
Berikut merupakan binatang ternakan an'am yang disyariatkan untuk korban kecuali
Unta
Biri-biri
Lembu
Kuda
Berikut merupakan syarat-syarat sah qorban kecuali
Berniat korban ketika binatang disembelih
dilakukan ibadat korban sebelum solat hari raya
binatang cukup umur
binatang bebas daripada penyakit dan kecacatan
Yang manakah berikut termasuk dalam perkara sunat ketika ibadat korban dilakukan?
Mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih korban walaupun dia mampu melakukannya.
berselawat ke atas nabi dan membaca bismillah semasa menyembelih
Menggunakan alat sembelihan yang tumpul
Tidak menghadapkan binatang ke arah kiblat semasa menyembelih.
Hukum bercukur dan memotong kuku bagi orang yang hendaklah melakukan ibadat korban ialah
sunat
harus
makruh
haram
Berikut merupakan kaedah pembahagian daging korban kecuali
Dimakan oleh orang yang berkorban dan anggota keluarga
Disedekahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran beragama Islam
Disedekahkan kepada fakir dan miskin
Disedekahkan kepada jsahabat handai termasuk jiran yang bukan beragama Islam
Apakah hukum menjual daging korban termasuk kulit,lemak,susu,kaki,kepala dan bulu binatang?
Harus
Haram
Makruh
Sunat
Berikut merupakan hikmah disyariatkan ibadah korban kecuali
Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda ketaqwaan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
Menghayati semangat pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Tanda bersyukur kepada Allah atas segala nikmat supaya rezeki diperolehi lebih diberkati .
Menanam sifat riyak dalam melakukan banyak ibadat korban setiap tahun
