Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Cikgu, _______ akan melafazkan serangkap pantun pada akhir persembahan," kata Aini sewaktu berlatih pidato dengan gurunya.

a)

mereka

b)

saya

c)

dia

d)

kami

2.

Suara Nurul yang _____ itu sangat sesuai mendendangkan lagu irama asli.

a)

merdu

b)

garau

c)

lembut

d)

serak

3.

Kami _____ menginap di Rumah Rehat Pantai Teluk Batik selama beberapa hari sementara menunggu kereta ayah yang rosak siap dibaiki.

a)

telah

b)

pernah

c)

akan

d)

sudah

4.

Cikgu Han menjelaskan ______ mengikuti kem motivasi kepada murid-murid.

a)

keelokan

b)

kepekaan

c)

kelancaran

d)

kebaikan

5.

Sultan Perak menziarahi mangsa kebakaran itu serta memberikan sumbangan peribadi ______ kepada mereka.

a)

baginda

b)

dia

c)

beliau

d)

kita

6.

Seniman jalanan itu menggunakan ______ untuk memudahkannya melukis potret pelanggannya itu.

a)

kekisi

b)

kekili

c)

jejari

d)

kekuda

7.

Kejayaan Program Cintailah Alam Kita menjadi ______ kepada pihak sekolah terhadap usaha memupuk rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid.

a)

penanda aras

b)

membuka jalan

c)

petunjuk jalan

d)

kata putus

8.

Pak Lan akan terus mengusahakan tanahnya itu _______ dia masih terdaya.

a)

manakala

b)

apabila

c)

selagi

d)

jika

9.

Imam sentiasa mematuhi nasihat gurunya yang sentiasa memberikan motivasi dan cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

bagai garam jatuh ke air

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

c)

bagai lembu dicucuk hidung

d)

bagai pahat dengan penukul

10.

Roy menyarungkan kasut bola itu untuk memastikan keselesaan sebelum membelinya.


Pilih perkataan sinonim bagi menyarungkan.

a)

membuka

b)

mengacu

c)

menekap

d)

mengukur

11.

Semasa Irfan tiba, pameran itu masih lengang kerana orang ramai sedang menyaksikan persembahan akrobatik.


Pilih perkataab antonim bagi lengang.

a)

sepi

b)

sunyi

c)

sibuk

d)

senyap

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Ya, semua murid berada di dalam kelas kecuali Loy.

a)

Siapakah yang tiada di dalam kelas?

b)

Adakah semua murid berada di dalam kelas?

c)

Di manakah semua murid berada sekarang?

d)

Siapakah yang berada di dalam kelas?

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cuaca pada hari ini sungguh panas sekali.

b)

Penyanyi dari Selatan tanah air itu amat diminati oleh para gadis.

c)

Oleh kerana sakit perut, Hanah tidak datang ke sekolah.

d)

Semua kuda-kuda dalam kandang itu telah dipindahkan ke tempat baharu.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adik menangis di ruang tamu kerana rindukan ibu yang sedang berkursus.

b)

Yang menyampaikan ceramah itu ialah Guru Bahasa Inggeris.

c)

Erik bangun dan berlari ke belakang rumah apabila terdengar bunyi buah durian gugur.

d)

Setelah hampir dua jam berada dalam bas, akhirnya Tom dan Jeri sampai ke rumah nenek mereka.

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Setiap murid tahun empat akan membuat persembahan projek yang dinamai Komunikasi Tampak.

a)

Setiap tahun murid tahun empat akan membuat persembahan projek yang dinamai Komunikasi Tampak.

b)

Persembahan projek yang dinamai Komunikasi Tampak akan dilakukan oleh setiap murid tahun empat.

c)

Setiap murid tahun empat akan membuat projek yang dinamai Persembahan Komunikasi Tampak.

d)

Murid tahun empat akan membuat setiap persembahan projek yang dinamai Komunikasi Tampak.