wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa 2

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Kalian _______ berkumpul di tempat perhimpunan sekarang," kata Cikgu Ling kepada murid-muridnya.

a)

baru

b)

patut

c)

dapat

d)

pernah

2.

Nenek masih dibawah jagaan doktor kerana keadaannya masih _______ selepas menjalani pembedahan.

a)

longlai

b)

lemah

c)

lembut

d)

lesu

3.

Puan Kasturi memasukkan dua _______ telur ke dalam adunan kek itu.

a)

buah

b)

ketul

c)

keping

d)

biji

4.

Brandent hanya makan ______ daripada puding itu kerana sudah kenyang.

a)

setiap

b)

segala

c)

seluruh

d)

sebahagian

5.

Dua batang _______ tingkap rumah Nek Rosmah sudah patah.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

kekisi

d)

tetulang

6.

Kami menjadi begitu berselera untuk menikmati hidangan tengah hari apabila _______ aroma rendang ibu.

a)

terhidu

b)

terhirup

c)

tersedut

d)

terhisap

7.

Gadis itu ______ mempunyai rupa paras yang jelita ______ bersopan santun.

a)

bukan sahaja ... tetapi juga

b)

sudahlah ... malahan

c)

sungguhpun ... namun

d)

mahupun ... tetapi

8.

"Cadangan Raja Siam itu akan _______ fikirkan terlebih dahulu," titah Sultan Ahmad kepada Tun Muktahir.

a)

saya

b)

beta

c)

patik

d)

baginda

9.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Cikgu Iqbal menjadi ______ dalam projek reka cipta mesin sate ini sehingga pasukannya menjuarai Pertandingan Reka Cipta peringkat kebangsaan.

a)

putih tulang

b)

lintah darat

c)

batu loncatan

d)

tulang belakang

10.

Kita dapat melihat matahari terbenam pada waktu senja di pantai ini.


Pilih perkataan sinonim bagi terbenam.

a)

tenggelam

b)

terbabas

c)

terbit

d)

terperosok

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Walaupun datuk sudah berusia 95 tahun tetapi ingatannya masih teguh.

II. Istana Kenangan yang dijadikan muzium itu masih teguh buatannya walaupun tidak menggunakan sebarang paku.

III. Masyarakat Kadazan masih teguh berpegang kepada adat resam lama dalam kehidupan mereka.

IV. Ibu bapa haruslah memegang tangan anak mereka dengan teguh semasa menaiki eskalator.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Para peserta perkhemahan diminta supaya berkumpul di kantin.

a)

Di manakah para peserta perkhemahan diminta supaya berkumpul?

b)

Siapakah yang meminta peserta perkhemahan berkumpul di kantin?

c)

Para peserta perkhemahan itu akan berkhemah di mana?

d)

Mengapakah para peserta perkhemahan diminta supaya berkumpul di kantin?

13.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Apakah cenderamata yang dihadiahkan oleh Amirul kepada Amir?

a)

Amirul membeli cenderamata untuk diberikan kepada Amir.

b)

Cenderamata yang dihadiahkan oleh Amirul kepada Amir ialah rantai kunci.

c)

Amirul berasa sangat gembira apabila menerima cenderamata daripada Amir.

d)

Rantai kunci yang dibeli oleh Amirul ini untuk dihadiahkan kepada Amir.

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Hari Usahawan yang dianjurkan oleh Kelab Koperasi sekolah saya mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa.

a)

Kelab Koperasi ingin menganjurkan Hari Usahawan selepas mendapat kerjasama baik daripada ibu bapa.

b)

Komitmen yang baik diberikan oleh ibu bapa terhadap Hari Usahawan.

c)

Kelab Koperasi sekolah saya mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa untuk menganjurkan Hari Usahawan.

d)

Para ibu bapa menyambut baik usaha Kelab Koperasi sekolah saya menganjurkan Hari Usahawan.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kompang yang Adam main itu dihasilkan oleh datuknya.

b)

Encik Aris menerangkan yang ternakan ikan di dalam sangkar agak menguntungkan.

c)

Ada setengah orang lebih gemar menggunakan kad debit semasa berbelanja.

d)

Para pekerja sedang memperlebar jalan ke kampung itu.