NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 6 SJK
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah nama permainan ini?
Jongkang jongket
Buaian
Besi gayut
Papan gelongsor
Apakah nama permainan ini?
Papan gelongsor
Buaian
Jongkang jongket
Besi gayut
“Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.
beta
patik
hamba
tuanku
Teratak usang keluarga _______________terletak di hujung Kampung Ulu Bendul,” jelas Hang Deraman kepada Pandak Mat Aris.
patik
hamba
beta
tuanku
Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. ______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.
Dia
Baginda
Beliau
Kalian
Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg tangan seorang wanita.
dia
beliau
mereka
baginda
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.
menekat
menenun
menyulam
menganyam
Ayah __________________ pihak polis dengan kadar segera setelah melihat kejadian rompakan di sebuah kedai emas.
menelefon
melaporkan
memanggil
memberitahu
Puan Emelia baru sahaja __________ seorang anak lelaki di Hospital Sultan Ismail.
melahirkan
mendapatkan
mengeluarkan
menyelamatkan
Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.
menoleh
mengintip
mengintai
menjenguk
"Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,” kata pemandu pelancong itu kepada kami.
licin
gebu
halus
empuk
Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Abu ____________ hingga mencecah tanah kerana buahnya yang sungguh lebat.
meluyut
melabuh
merimbun
merendang
Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
tekun
cakna
bernas
hikmah
Kapal yang berlabuh di pelabuhan itu membawa muatan yang diimport dari luar negara.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang digariskan.
berlayar
berhenti
berkalih
bergerak
Hariz mencurigai apa-apa juga yang telah dilakukan oleh Syafiq terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah __________.
mengesahkan
mempercayai
mengiakan
mengharapkan
