wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Mislina mudah mengajar Kelas 5 Bijak kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

2.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

3.

Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

mereka

4.

"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah Hang Tuah kepada sultan.

a)

tuan

b)

tuanku

c)

baginda

d)

tuan hamba

5.

"Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, ___________ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana," kata Lokman.

a)

dia

b)

kami

c)

saya

d)

kalian

6.

Saya dan murid-murid Tahun 6 Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah mejemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kita

7.

Duduklah di ____________________ yang kamu suka.

a)

mana

b)

siapa

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

8.

"Jalan berkelakuan ______________________, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.

a)

itu

b)

ini

c)

begitu

d)

begini

9.

Darwish dan Arfan bersahabat karib. _________________ belajar dalam kelas yang sama.

a)

kamu

b)

kami

c)

mereka

d)

dia

10.

"Ampunkan _____________, tuanku," sembah Hang Jebat kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

11.

"Jika ________________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,"kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

12.
Rudy murid yang paling_______________tiba di tapak perhimpunan sekolahnya.
a)
segera
b)
kini
c)
awal
d)
terbit
13.
Lee Kwang Soo seorang yang tidak tetap pendirian kerana percakapannya sering ___________.
a)
berbolak-balik
b)
bertungkus -lumus
c)
tergagap-gagap
d)
berulang-alik
14.
Air sungai itu menjadi ______ apabila musim kemarau tiba.
a)
deras
b)
cetek
c)
pasang
d)
lebat
15.
Kamil seorang budak yang nakal. _____ selalu ponteng kelas dan tidur dalam surau.
a)
Kami
b)
Saya 
c)
Dia
d)
Beliau
16.
Sultan Salahuden memerintah negara dan rakyat dengan adil. Oleh sebab itu, ramai rakyat menyayangi dan menghormati ________.
a)
baginda
b)
beta
c)
saya
d)
beliau
17.

Penguasaan ______ Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tahun 5 Cerdik amat lemah.

a)

tatacara

b)

tatabahasa

c)

tatatertib

d)

tatasusila

18.
Ibu melarang Damia keluar rumah ______________ cuaca di luar agak panas.
a)
hingga
b)
malahan
c)
kerana
d)
sungguhpun
19.

Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Pulai bersama dengan abang Adib.

a)

itu

b)

ini

c)

sana

d)

sini

20.
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
a)
punah-ranah
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
riuh-rendah
21.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
22.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
a)
Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Aziymei terus menendang bola itu.
b)
Kaki Aziymei terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.
c)
Aziymei dan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.
d)
Apabila pengadil meniup wisel, Aziymei pun ditendang bola.
23.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

24.

Kakak menggunakan banyak ............... perca kain yang berwarna-warni untuk dibuat alas kaki.

a)

cebis

b)

gumpal

c)

bidang

d)

gulung

25.

Hakimi membeli sebatang tebu dan memotongnya kepada beberapa ............... untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.

a)

biji

b)

ruas

c)

hiris

d)

ketul

26.

Puan Zainab mempunyai beberapa ............... rumah sewa di Kampung Tabura.

a)

rangkai

b)

pintu

c)

papan

d)

bidang

27.

Untuk memasak rendang itik, kita perlulah memasukkan ............... asam gelugur dan beberapa ............... bawang merah.

a)

sepotong .... biji

b)

sekeping .... ulas

c)

sehiris .... ulas

d)

seketul .... biji

28.

Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.

a)

biji

b)

potong

c)

ketul

d)

butir

29.

Pak Ramlee menanam beberapa ............... sayur sawi dan tiga ............... serai di tepi rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada minggu ini.

a)

ikat .... jambak

b)

baris .... pucuk

c)

deret .... kelompok

d)

batas .... rumpun

30.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.