WorksheetsPENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis penyata kewangan?
(Pilih 2 jawapan)
Penyata Perdagangan
Penyata Untung Rugi
Kunci Kira-kira
Penyata Pendapatan
Apakah maksud penyata pendapatan?
Penyata yang menentukan untung kasar atau rugi kasar perniagaan
Penyata yang menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan
Penyata yang menentukan hasil, perbelanjaan serta untung atau rugi perniagaan
Penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Apakah maksud Kunci Kira-kira?
Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dan dana perniagaan
Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang
Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?
Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi
Untung bersih = Untung kasar - Kos jualan - Belanja operasi
Untung kasar = Jualan - kos jualan
Untung Bersih = Untung Kasar - Belanja belian - Belanja operasi
Pernyataan manakah yang benar tentang Kunci Kira-kira?
Liabiliti = Ekuiti pemilik - Aset
Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik
Liabiliti - Aset = Ekuiti Pemilik
Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan?
(Pilih 2 jawapan)
Stok awal
Tunai di tangan
Tunai di bank
Stok akhir
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-kira?
(Pilih 2 jawapan)
Stok akhir
Overdraf bank
Stok awal
Untung kasar
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pihak berkepentingan yang memerlukan penyata kewangan perniagaan?
(Pilih 2 jawapan)
Pekerja
Pemegang saham
Pemiutang
Penghutang
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sebab pesaing memerlukan penyata kewangan perniagaan?
Mengetahui prestasi perniagaan yang akan dijadikan sebagai asas untuk menentukan hala tuju syarikat mereka
Mengetahui daya saing perniagaan dalam pasaran bagi suatu tempoh masa tertentu
Merancang strategi perniagaan yang sesuai bagi menangani perniagaan di pasaran
Merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang baharu di pasaran
Pernyataan manakah yang benar tentang titik pulang modal?
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan jumlah kos
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila hasil purata sama dengan kos purata
Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos
Pernyataan manakah yang benar tentang kos berubah?
Kos yang bertambah dengan pengeluaran output
Kos yang berkurang dengan pengeluaran output
Kos yang berubah dengan pengeluarann output
Kos yang tidak berubah dengan pengeluaran output
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos tetap?
(Pilih 2 jawapan)
Insurans kilang
Belanja alat-alat kecil
Angkutan masuk bahan mentah
Belanja pengiklanan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah?
(Pilih 2 jawapan)
Sewa kilang
Bayaran royalti kilang
Duti atas belian bahan langsung
Gaji pengawal keselamatan kilang
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran produk Q bagi Alia Sdn Bhd.
Kos tetap RM45 000
Kos berubah seunit RM120
Hitung harga jualan seunit sekiranya titik pulang modal bagi produk Q ialah 3000 unit.
RM124
RM132
RM135
RM146
Apakah maksud penyata kewangan?
Punca perolehan dan penggunaan tunai bagi suatu tempoh tertentu.
Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan tunai bagi satu tempoh.
Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.
Berikut merupakan kepentingan penyata aliran tunai kepada perniagaan. kecuali...
Dapat mengetahui jumlah hasil dan belanja perniagaan
Dapat mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan
Dapat mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai
Rumus yang berikut digunakan untuk menghitung kos belian. Apakah X?
Gaji
Sewa
Inventori awal
Angkutan masuk
Manakah yang dikategorikan sebagai aset bukan semasa dalam Kunci kira-kira?
Tunai
Kenderaan
Perabot
Akaun berlum terima
Antara yang berikut, manakah yang merupakan hutang perniagaan jangka panjang?
Gadai janji
Overdraf bank
Pinjaman bank
Akaun belum bayar
Rumus manakah yang betul bagi menghitung baki h/b dalam Penyata Aliran Tunai?
Baki h/b = Baki b/b + Penerimaan - Pembayaran
Baki h/b = Baki b/b - Penerimaan - Penerimaan
Baki b/b = Bakib/b + Penerimaan + Pembayaran
Baki h/b = Baki b/b - Penerimaan - Pembayaran
Apakah kepentingan Kunci Kira-Kira kepada usahawan?
A. Dapat mengetahui kedudukan aset perniagaan
B. Dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran
Apakah kegunaan penyata pendapatan kepada usahawan?
A. Dapat mengetahui hutang perniagaan kepada pihak bank
B A. Meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan
Bagaimanakah penyata kewangan dapat membantu pihak pengurusan syarikat?
Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber
Untuk meningkatkan mutu keluaran produk pada masa hadapan
Membuat pertimbangan untuk pemberian bonus kepada pekerja
Untuk membuat perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya
Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan untuk mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang?
Pelabur
Pembiaya
Pemegang saham
Pihak pengurusan
Apakah kepentingan Kunci Kira-kira kepada usahawan?
Dapat mengetahui kedudukan aset perniagaan
Dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran
Dapat merancang strategi untuk meningkatkan keuntungan
Dapat mengetahui jumlah tanggungan seperti ekuiti pemilik dan liabiliti
kegunaan penyata pendapatan untuk
menentukan hala tuju perniagaan
mengetahui kedudukan aset dan liabiliti
meramal pencapaian prestasi perniagaan
mengukur kadar untung
Fungsi Kunci kira-kira adalah di bawah, kecuali
mengetahui tanggungan perniagaan
mengetahui kedudukan kewangan
mengetahui hutang perniagaan kepada pihak luar
mengetahui bilangan pelabur
Kepentingan penyata kewangan terhadap pelabur
merancang pengagihan sumber dengan berkesan
memberi kemudahan kredit
mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang dan kredit
mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh
Manakah yang diperoleh daripada Penyata aliran tunai?
Penggunaan dana
Kedudukan liabiliti
Jumlah untung kasar
Hutang perniagaan jangka pendek
Antara yang berikut, butiran manakah yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi?
Kos belian
Aset semasa
Jualan bersih
Ekuiti pemilik
