NEW
Font size
WorksheetsPENGURUSAN SUMBER TEKNOLOGI
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Bagaimanakah sumber teknologi dilindungi?
A. mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO
B. memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C. memohon kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Industri Asas Tani
D. memohon kebenaran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
2. Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?
A. mendapatkan kebenaran untuk menjual produk mereka ke luar negara
B. mendapatkan kebenaran untuk memasarkan barangan mereka
C. mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri
D. mendapat hak perundangan ke atas ciptaan mereka
3. Antara berikut manakah contoh sumber teknologi?
A. Aset
B. Harta wasiat
C. Harta Intelek
D. Harta peninggalan
4. Tujuan mengurus harta intelek ialah
A. memastikan kedudukan syarikat sentiasa kukuh
B. menghasilkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat
C. mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak dan peniruan
D. memudahkan urusan pengurusan sumber manusia serta bukan manusia
5. Cara yang betul untuk mengurus paten ialah
A. mendaftar dengan SSM
B. mendaftar dengan MyIPO
C. mendaftar dengan syarikat koperasi
D. mendaftar dengan Bank Negara Malaysia
6. Antara berikut, manakah merupakan sumber teknologi?
I lesen perisian
II kemahiran dan pengalaman
III bangunan dan kemudahan
IV peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Rajah di atas merupakan prosedur mengurus sumber teknologi
Antara berikut yang manakah merupakan prosedur yang berul bagi T?
A. Hak cipta terpelihara
B. Penyelenggaraan
C. Keselamatan
D. Insurans
8. Gambar di atas merupakan sebuah agensi kerajaan
Berdasarkan logo di atas manakah antara berikut merupakan fungsi agensi tersebut?
I. menyediakan bangunanuntuk sesebuah perniagaan
II. memberi khidmat nasihat berkaitan urusan harta intelek
III. mengukuhkan undang-undang harta intelek
IV. memberikan bantuan pinjaman kepada perniagaan yang baru memulakan operasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Apakah tujuan usahawan mendaftarkan paten mereka?
A. memastikan idea reka cipta adalah hak milik mereka
B. memastikan idea reka cipta dihargai
C. memastikan idea reka cipta boleh dikongsi
D. memastikan idea reka cipta tulen
10. Hasil kreativiti atau ciptaan seseorang dikenali sebagai
A. harta modal
B. harta intelek
C. harta perkongsian
D. harta persendirian
