WorksheetsBahasa Melayu (Kata Nama Am)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Hari Raya Puasa akan menjelang tidak lama lagi. Naqib dan ayahnya mengecat __________.
pagar
sekolah
pejabat
balai raya
Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
tajak
pisau
gunting
gergaji
Pak Tua sedang membakar tiga tongkol __________ di gerainya.
tomato
lobak
jagung
kelapa
Ayah memberikan __________ tenusu itu makan rumput napier yang diproses.
lebah
burung
beruang
kambing
Ibu mencelur pucuk __________ itu untuk membuat kerabu bagi hidangan tengah hari.
paku
serai
sirih
tauge
Semasa cuti sekolah, ayah membawa Herman sekeluarga melawat ke __________ untuk melihat pameran sejarah.
masjid
muzium
sekolah
perpustakaan
Beberapa ekor __________ sedang berenang di kolam itu.
kucing
kambing
itik
pepatung
Penumpang sedang menunggu __________ di perhentian bas dengan sabar.
motosikal
sampan
kereta api
bas awam
Novel yang ditulis oleh __________ itu telah dilancarkan di Hotel Megah semalam.
penulis
pelukis
penyanyi
wartawan
Emak saya pergi ke __________ setiap pagi untuk membeli sayur-sayuran.
sekolah
pasar
kantin
dewan
