NEW
Font size
WorksheetsKUIZ: GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat.
Maksud bagi rangkap di atas ialah
peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
jika kita tidak menyiasat sesuatu perkara dengan teliti, kita akan sesat semasa memandu di jalan raya.
Barang siapa berbuat jasa, mulia namanya segenap masa.
Maksud bagi rangkap ayat ini ialah
nama seseorang yang berjasa akan diukir pada batu.
nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
Pilih tema yang sesuai dengan gurindam yang dikaji.
Perkara yang negatif perlu disingkirkan daripada kehidupan.
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari.
Pilih persoalan yang berhubung kait dengan gurindam ini.
Persoalan kesungguhan ketika mengamalkan nilai-nilai murni.
Persoalan menghargai pemberian hadian daripada orang lain.
Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah
puisi terikat.
puisi bebas.
Pilih bentuk gurindam yang betul.
Setiap rangkap adalah sama.
Terdiri daripada tujuh belas rangkap.
kurang fikir, kurang siasat,
Contoh di atas ialah gaya bahasa
simile.
repetisi.
mulut tajam dan kasar
Contoh di atas ialah gaya bahasa
inversi.
metafora.
perkataan tajam jika dilepas (perulangan vokal a)
Contoh di atas ialah unsur bunyi
asonansi
aliterasi
Kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
contoh di atas adalah sesuai untuk nilai
kebijaksanaan.
rasional.
Kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
contoh di atas adalah sesuai untuk nilai
kesopanan.
baik hati.
Pilih pengajaran yang betul tentang gurindam yang dipelajari.
Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.
Kita haruslah mengadu domba dan membuat fitnah sehingga menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
Seseorang yang bersifat dermawan akan
mudah mendapat rezeki daripada orang ramai.
dapat menawan hati orang di sekelilingnya.
Pilih kepentingan ilmu yang betul.
Ilmu boleh meningkatkan kemahiran diri dan mempunyai peluang yang baik untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan.
Ilmu boleh mengelakkan kita daripada menjadi katak.
Kesan jika seseorang menggunakan kata-kata yang kesat dan kurang sopan ialah
seseorang akan dibenci dan dipinggirkan oleh orang lain.
seseorang akan ditakuti oleh orang lain.
