Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CoPN Lead Auditor Course #2

Total questions: 6

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Sebagai auditor yang kompeten, perlu mahir dalam memahami keperluan. Klausa 4.6 dalam CoPN ada merujuk kepada

a)

Medium tanaman

b)

Medium pengairan

c)

Medium komunikasi

d)

Pemilihan tapak semaian

2.

Antara syarat-syarat yang auditor perlu pastikan bagi pemegang lesen dalam kategori Tapak Semaian (NN) di bawah peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan peraturan-peraturannya adalah

a)

Pemegang lesen tidak boleh menjual anak benih kelapa sawit yang umurnya kurang daripada 10 bulan.

b)

Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai yang berkelayakan yang bekerja dengannnya

c)

Semua penjualan anak benih kelapa sawit, disertakan dengan Borang Akuan Jualan dan Penerimaan Bahan Tanaman Kelapa Sawit

d)

Semua di atas adalah betul

3.

Dalam membuat pemerhatian (observation), sebagai auditor, pemilihan tapak semaian perlu mengambilkira perkara berikut, KECUALI..

a)

Berhampiran dengan pejabat MPOB

b)

Berdekatan punca air

c)

Tanah yang rata / landai kurang daripada 15 darjah kecerunan

d)

Tidak cenderung banjir /

bertakung .

4.

Pilih situasi yang boleh menjadikan temuan KETIDAKPATUHAN (NC) berkaitan dengan ANAK BENIH untuk Tapak Semaian Besar (TSB)

a)

Anak benih yang baru dipindahkan dari TSK disiram dengan segera.

b)

Anak benih daripada TSK perlu dipindah ke polibeg besar selepas umur 4 bulan ke tapak TSB

c)

Bilangan anak benih berjumlah 14,000 per hektar bagi keluasan 0.9 m x 0.9 m x 0.9 m,

d)

Bilangan anak benih berjumlah 20,000 atau kurang anak benih per hektar bagi keluasan 0.75 m x 0.75 m x 0.75 m

5.

Sebagai auditor, pemeriksaan terhadap penyimpanan

rekod dan pelabelan aktiviti tapak semaian adalah bertumpu kepada...

a)

Rekod bulanan sahaja sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan Perlesenan 2005

b)

Maklumat papan tanda Utama yang mesti mempunyai maklumat Punca nak benih, Jumlah anak benih/ramet, Tarikh semai , Tarikh pindah tanam

c)

Maklumat papan tanda Blok mesti mempunyai maklumat Nama pemegang lesen, Nombor lesen, MPOB, Alamat premis dan Nombor telefon

d)

Laporan harian dan penyata bulanan terkini berkaitan aktiviti tapak semaian

6.

Penilaian keberkesanan proses penakaian mengambilkira keperluan seperti..

a)

Seberapa kerap yang mungkin

b)

dilakukan oleh anggota yang kompeten

c)

Anak benih ditakai mesti dilupus dan dimusnahkan di kawasan tertentu

d)

Semua di atas adalah BETUL