wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA : TAHUN 5 : SK

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Nazmi _____ hendak memandu kereta walaupun tiada lesen.

a)

ada hati

b)

hati batu

c)

ada jalan

d)

jalan buntu

2.

Lelaki itu banyak helah untuk memperdaya orang kerana dia _______.

a)

otak cair

b)

akal kancil

c)

batu api

d)

buaya darat

3.

Rosli yang pantas berlari itu _______ untuk menjadi seorang atlet olahraga.

a)

anak buah

b)

ada bakat

c)

ambil hati

d)

angkat muka

4.

Laila bukan sombong tetapi dia ______ kerana tidak mengenali sesiapa dalam majlis itu.

a)

berat tulang

b)

berat perut

c)

mulut murai

d)

berat mulut

5.

Siti _____ hendak memberitahu rahsia itu kerana bimbang Alia tersinggung.

a)

berat perut

b)

berat hati

c)

berat tulang

d)

berat mulut

6.

Latif bersiar-siar di tepi pantai untuk ____ setelah penat bekerja.

a)

cuci mata

b)

lepas tangan

c)

kera sumbang

d)

buka tembelang

7.

Puan Janna membawa kuih bingka sebagai (a)   ketika melawat Mak Cik Gayah. ( buah tangan / bekas tangan )

8.

Kamila berasa (a)   hendak menyertai perkhemahan itu kerana yurannya mahal. ( tawar hati / bulat kata )

9.

Azad tidak mudah melenting walaupun sering dimarahi kerana dia (a)   . (telinga kuali / rabun ayam )

10.

Anak tunggal Puan Nur Hana digelar __________ kerana tidak tahan panas.

a)

puteri lilin

b)

hidung tinggi

c)

tangkai jering

11.

Walapun sering diejek sebagai _______ Rahman tidak peduli dan akan terus berlatih untuk menjadi pemain bola sepak.

a)

kaki bangku

b)

mata duitan

c)

muka tembok

d)

anak yatim

12.

Pak Hussin membantu keluarga itu dengan (a)   dan tidak mengharapkan balasan. (putih hati / buta hat)

13.

Kartini ______ ketika membeli belah di pasar raya itu kerana banyak pakaian murah dan cantik.

a)

putih mata

b)

gelap mata

c)

cuci mata

d)

rambang mata

14.

Shannon ____ hendak berhijrah ke ibu kota untuk membina kehidupan baharu.

a)

alas perut

b)

bulat hati

c)

batu api

d)

darah daging

15.

Abang Meon terpaksa (a)   kerana duit gajinya sudah habis dibelanjakan. ( ikat perut / mandi kerbau )

16.

Para penonton membantah keputusan perlawanan itu kerana pengadil bersikap (a)   . (pilih kasih /langkah kanan)

17.

Jailani terpaksa mengundurkan kereta kerana jalan yang dilalui ________.

a)

jalan mati

b)

cari jalan

c)

buka jalan

18.

Kak Fadhilah seperti ________ ketika mengemas kerana mahu mengejar masa.

a)

lipas kudung

b)

buaya darat

c)

ayam tambatan

19.

Puan Melia mengambil seorang _________ kerana tidak mempunyai anak sendiri.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak angkat

20.

Tiga orang _________ Abang Haris akan diaraikan dalam satu majlis berkhatan.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

buah hati

21.

Kehilangan Tok Abah selama dua hari menjadi ______ orang kampung.

a)

buah fikiran

b)

buah hati

c)

buah mulut.

22.

Faruk berasa sangat gembira kerana dapat ______ di negeri Sabah.

a)

makan hati

b)

makan angin

c)

buruk makan

23.

Badan Refa masih kotor walaupun dia sudah mandi kerana dia hanya _________.

a)

mandi kerbau

b)

mandi peluh

c)

titik peluh

24.

Saya takut hendak menegur Irwan kerana sikapnya yang ____.

a)

masuk angin

b)

makan angin

c)

kepala angin

25.

Pemuda itu digelar ________ kerana suka mengusik anak-anak gadis.

a)

lipas kudung

b)

kacang hantu

c)

ayam tambatan