Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sekolah Saya

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Sekolah merupakan tempat untuk ______________ .

a)

menimba ilmu

b)

bermain-mian

c)

membeli-belah

d)

bersuka ria

2.

Pilih aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah.

a)
b)
c)
d)
3.

Dimanakah terletaknya sekolah ini?

a)

Sabah

b)

Kedah

c)

Putrajaya

d)

Kuala Lumpur

4.

Nama sekolah merupakan _________ sesebuah sekolah.

a)

lambang

b)

identiti

c)

slogan

d)

misi

5.

Pilih maklumat-maklumat yang perlu ada di dalam alamat sekolah.

a)

nama tempat

b)

nama jalan

c)

poskod

d)

nama negeri

6.

Mengapakah maklumat alamat penting ditulis dengan lengkap?

a)

memudahkan mencari lokasi.

b)

alamat nampak kemas.

c)

menyukarkan perkhidmatan penghantaran mencari lokasi.

7.

Mengapakah maklumat alamat penting ditulis dengan lengkap?

a)

memudahkan mencari lokasi.

b)

alamat nampak kemas.

c)

menyukarkan perkhidmatan penghantaran mencari lokasi.

8.

Pilih padanan-padanan yang betul.

a)

Sekolah Kebangsaan (SK) - menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

b)

Sekolah Kebangsaan (SK) - menggunakan pelbagai bahasa sebagai bahasa pengantar.

c)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) - menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

d)

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) - menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

9.

Apakah maksud mercu tanda?

a)

sesuatu objek yang mudah dikenal pasti.

b)

sesuatu objek yang sukar dikenal pasti.

c)

sesuatu objek yang tidak kelihatan.

d)

sesuatu objek yang kecil dan sukar dilihat.

10.

Pilih mercu tanda yang terdapat di sekitar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan?

a)

Pusat beli belah

b)

Masjid

c)

Restoran

d)

Sekolah Menengah

11.

Nama sekolah diambil sempena nama __________

a)

batu

b)

kucing

c)

tokoh

d)

bukit

12.

Apakah identiti sesebuah sekolah?

a)

Bangunan sekolah

b)

Murid-murid

c)

Lencana dan bendera

d)

Warna pada bangunan

13.

Warna pada lencana dan bendera sekolah memberi maksud yang tersendiri. Pada amnya, warna biru ___________ .

a)

melambangkan keberanian dan semangat juang dan tidak mudah putus asa.

b)

melambangkan kesediaan dan ketaatan kepada raja dan negara.

c)

melambangkan ketenangan dan kehijauan persekitaran kawasan sekolah.

d)

mencerminkan keharmonian dan ketenangan.

14.

Dalam kepimpinan sekolah, siapakah yang bertanggungjawab menyelaraskan semua program akademik sekolah?

a)

Guru Besar

b)

Guru Penolong kanan Pentadbiran

c)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

d)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

15.

Siapakah yang diberikan tanggungjawab mentadbir sekolah jika sekolah mempunyai sesi petang?

a)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

b)

Guru Disiplin

c)

Guru Penyelia Petang

d)

Guru Penyelia Asrama

16.

Mengapa pentingnya sekolah memiliki struktur organisasi?

a)

Agar sekolah nampak lebih hebat

b)

Agar murid-murid menghormati guru

c)

Supaya sekolah sentiasa nampak bersih dan ceria.

d)

Memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan terurus.

17.

Dalam struktur organisasi sekolah, siapakah yang akan menguruskan Rancangan Makanan Tambahan(RMT)?

a)

Guru Besar.

b)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

c)

Guru Penolong Kanan Hal- Ehwal Murid

d)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

18.

Pasukan pengakap akan menjalankan aktiviti perkhemahan tahunan selama tiga hari di padang sekolah. Hani ingin menyertai perkhemahan tersebut. Siapakah yang mesti ditemui Hani?

a)

Guru Besar.

b)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

c)

Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid

d)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

19.

Ibu bapa atau penjaga yang ingin menemui murid semasa sesi persekolahan hendaklah meminta kebenaran ________ .

a)

Pengawal Keselamatan.

b)

Ketua Kerani.

c)

Guru Besar.

d)

Guru Disiplin

20.

Berikut adalah sikap murid yang boleh mengharumkan nama sekolah kecuali ________ .

a)

membuang sampah ke dalam tong sampah

b)

terlibat dalam aktiviti gotong royong kampung

c)

memenangi pertandingan taekwando peringkat negeri

d)

menyertai dengan kerap lumba haram

21.

Apakah kebaikannya apabila kita mematuhi peraturan sekolah?

a)

Sesi persekolahn dapat berlangsung lebih teratur dan harmoni.

b)

Kita akan diberi pujian yang tinggi oelh guru-guru sekolah.

c)

Guru besar akan memberikan hadiah yang sangat lumayan.

d)

Akan senang mendapat markah tambahan dalam ujian.

22.

Semasa pertandingan bola sepak, pasukan lawan mengejek pasukan anda. Apakah tanggungjawab anda dalam situasi ini?

a)

Membalas balik ejekan tersebut.

b)

Teriak dan membaling botol air ke arah pasukan lawan.

c)

Bertenang dan tidak membalas ejekan tersebut.

d)

Membawa pasukan lawan untuk bergaduh di luar padang.

23.

Jarjit seorang pengawas. Kawannya telah melanggar peraturan sekolah. Siapakah yang patut Jarjit rujuk?

a)

Penyelia Asrama

b)

Guru Pusat Sumber

c)

Guru Disiplin

d)

Guru kelas

24.

Berikut adalah cara untuk kita menghormati bendera sekolah kecuali _______ .

a)

menggunakan bendera untuk mengelap kotoran lantai

b)

mencuci bendera yang telah kelihatan kotor

c)

memandang bendera sekolah semasa menyanyikan lagu sekolah

d)

melipat dengan baik bendera sekolah yang telah lama

25.

Mengapakah anda perlu mengharumkan nama sekolah?

a)

Agar membantu kita belajar dengan lebih baik lagi.

b)

Untuk membuatkan diri kita hebat di mata murid yang lain.

c)

Supaya sekolah dan murid-muridnya dihormati orang luar.

d)

Membolehkan orang luar tidak berani untuk mengganggu kita.

26.

Dalam sekolah, siapakah yang bertugas menjaga keselamatan dan mengawal kemasukan orang luar masuk ke sekolah?

a)

Pengawal Keselamatan

b)

Guru Besar

c)

Penyelia Petang

d)

Guru Disiplin