wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TING 2: BAB 2 TEKNOLOGI PEMBUATAN (1)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah definisi teknologi pembuatan?

a)

Kaedah menghasilkan produk

b)

Kaedah menghasilkan produk menggunakan mesin

c)

Kaedah menghasilkan produk menggunakan alatan tangan

d)

Kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan atau mesin

2.

Antara berikut yang manakah ciri kaedah konvensional?

I Penggunaan mesin

II Penggunaan teknologi yang asas

III Menjimatkan masa, kos dan bahan

IV Jenis produk yang dihasilkan terhad

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

3.

Antara berikut yang manakah kelebihan kaedah moden dalam teknologi pembuatan

produk?

I Nilai estetika yang tinggi

II Tiada pembaziran tenaga dan masa

III Pekerja mempunyai kemahiran mereka bentuk yang tinggi

IV Seseorang pekerja dapat menjalankan banyak tugas (multitasking) yang berlainan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

4.

Antara berikut yang manakah menggunakan kaedah moden dalam pembuatan produk?

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah 1 menunjukkan carta alir dalam proses pembuatan.

Apakah proses X?

a)

Kaji selidik

b)

Pemerhatian

c)

Perbincangan

d)

Penyediaan bahan

6.

Antara berikut yang manakah padanan yang betul tentang kaedah pembuatan dalam sesuatu proses pembuatan?

a)

PROSES: Memutar skru menggunakan pemutar skru

KAEDAH:Moden

b)

PROSES: Mengecat menggunakan mesin penyembur cat

KAEDAH: Konvensional

c)

PROSES: Memotong kayu menggunakan mesin gergaji

KAEDAH: Konvensional

d)

PROSES: Melicinkan permukaan kayu menggunakan mesin pelelas

KAEDAH: Moden

7.

Antara berikut aspek perbezaan yang manakah dapat dilihat dalam membanding beza penggunaan kaedah konvensional dengan kaedah moden?

I Harga

II Kualiti

III Bentuk

IV Tenaga kerja

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

Antara berikut yang manakah tujuan membuat lakaran model tiga dimensi?

a)

Menjana idea yang lebih baik

b)

Memudahkan penilaian dilakukan

c)

Memudah penambahbaikan dilakukan

d)

Menvisualkan idea daripada pereka bentuk

9.

Antara berikut maklumat manakah yang perlu dinyatakan dalam lakaran 3D sesuatu produk?

I Kos

II Saiz

III Bahan

IV Pembuat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Apakah kepentingan menganalisis lakaran model 3D sesuatu produk?

a)

Produk laris terjual

b)

Produk digemari ramai

c)

Produk kekal utuh dalam pasaran

d)

Produk mempunyai nilai dan kebolehpasaran

11.

Maklumat berikut menerangkan tentang kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.


Bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi.


Maklumat di atas menerangkan tentang kaedah pembuatan

a)

acuan

b)

tuangan

c)

sambungan

d)

pembentukan

12.

Rajah 2 menunjukkan satu jenis model produk

Antara berikut penilaian manakah yang boleh dilakukan ke atas model produk tersebut?

a)

Pergerakan

b)

Rupa bentuk

c)

Kesesuaian cantuman

d)

Jenis bahan yang digunakan