wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KLASIFIKASI PERNIAGAAN - SAIZ

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Layanan peribadi yang diberikan menarik lebih ramai pelanggan

b)

Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah

c)

Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat

d)

Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil

2.

Antara berikut pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana

a)

menikmati ekonomi bidangan

b)

mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman

d)

lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan

3.

Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar

I wujud ekonomi bidangan

II komunikasi lebih baik

III memberi layanan peribadi

IV mudah menguasai pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

komunikasi yang lebih baik antara Encik Ayub dan pekerjanya

b)

layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan

c)

pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan

d)

kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan

5.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

masalah aliran tunai

b)

kos upah yang tinggi

c)

sukar untuk mengubah strategi perniagaan

d)

susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

6.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz besar

a)

dapat menguasai pasaran

b)

menikmati ekonomi bidangan

c)

berupaya membuat perubahan dengan cepat

d)

senang mendapat pekerja yang berpengalaman

7.

Antara yang berikut manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?

I masalah aliran tunai

II ketidakpastian pasaran

III sukar untuk menyediakan latihan

IV perundangan dan peraturan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Antara berikut, yang manakah digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar?

I kilang kek

II kedai perabot

III pengeluaran kereta

IV Pengeluaran ubat-ubatan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Apakah kesukaran bagi perniagaan bersaiz sederhana?

I sukar untuk ditubuhkan

II melibatkan pengkhususan kerja yang rumit

III pekerja kurang mendapat peluang naik pangkat dalam organisasi

IV tiada sumber yang mencukupi untuk melatih pekerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Syarikat PKW ialah sebuah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja seramai 400 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM 80 juta. Namun, syarikat ini tetap menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh syarikat tersebut?

a)

bebanan kerja

b)

masalah aliran tunai

c)

ketidakpastian pasaran

d)

kos overhed yang tinggi