Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B2T4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan teras perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang KECUALI

a)

Demokrasi

b)

Nasionalisme

c)

Sosialisme

d)

Dakyah

2.

Karya berikut telah dihasilkan oleh penulis tanah air:

MARI KITA BERJUANG - Abdullah Sidek

SERUNAI PUJANGGA - Abdul Samad Ahmad

RUMAH BESAR TIANG SEBATANG - Pak Sako

Apakah tema yang dikemukakan dalam karya tersebut?

a)

Kemunduran sosioekonomi penduduk Tanah Melayu

b)

Semangat cinta akan negara

c)

Hak dan masa depan bangsa

d)

Seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

3.

Apakah peranan Maktab Perguruan Sultan Idris semasa perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menyebarkan idea kemajuan dan pemodenan

b)

Menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat

c)

Medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme

d)

Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris

4.

Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap radikal oleh British?

a)

Meminta supaya orang Melayu diberikan peluang dalam pentadbiran

b)

Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah

c)

Menjalinkan hubungan dengan pemimpin revolusi China

d)

Menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan

5.

Nasionalisme di China mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Berikut merupakan langkah yang telah diambil KECUALI

a)

Kelab dan pasukan drama ditubuhkan

b)

Banyak sekolah Cina didirikan

c)

Menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar

d)

Membentuk identiti tersendiri

6.

Bulan Melayu diterbitkan bagi mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita.

Siapakah penggerak utama Bulan Melayu?

a)

Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)

b)

Fatimah Yaakub

c)

Abdul Rahim Kajai

d)

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)

7.

Berikut merupakan tokoh nasionalisme.

SYED SHEIKH AL-HADI

SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN


Mereka merupakan pemimpin pertubuhan...

a)

Kaum Muda

b)

Kesatuan Melayu Muda

c)

PASPAM

d)

Kesatuan Melayu Singapura

8.

Kongres Pemuda Indonesia telah melahirkan "Sumpah Pemuda" yang menjadi tonggak nasionalisme.

Apakah TIGA asas yang digariskan untuk mewujudkan keutuhan negara bangsa?

a)

Satu tanah air

b)

Satu bangsa

c)

Satu bahasa

d)

Satu agama

9.

Tokoh-tokoh nasionalis berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) KECUALI

a)

Raja Chulan Raja Abdullah

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Mahmud Mat

d)

Harun Aminurrashid

10.

Syarikat Jelutong Press telah didirikan di Pulau Pinang. Apakah kesan daripada penubuhan syarikat tersebut?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

11.

'Pemerintahan beraja menjadi simbol penindasan yang menggugat hak rakyat.'

Apakah peristiwa di Barat yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?

a)

Revolusi perindustrian

b)

Revolusi pertanian

c)

Revolusi Keagungan

d)

Revolusi Rakyat

12.

Penduduk Amerika melaungkan slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan"

Mengapakah mereka bertindak demikian?

a)

Benci dengan penjajahan

b)

Ketiadaan wakil di Parlimen

c)

Cukai membebankan

d)

Hak rakyat dipersoalkan

13.

Sasaran golongan revolusi di Perancis adalah terhadap pemerintahan autokratik raja dan bangsawan.

Apakah yang dilakukan oleh golongan atasan itu?

a)

Monopoli pelbagai keistimewaan

b)

Menguasai perindustrian

c)

Menjaga kebajikan rakyat

d)

Menghasilkan persefahaman

14.

Apakah peristiwa yang membangkitkan semangat nasionalisme di India?

a)

Peristiwa Dahagi India

b)

Kebangkitan golongan agama

c)

Kekejaman British

d)

Tindakan Mahatma Ghandi

15.

Mahatma Ghandi menjadikan Satyagraha sebagai pegangan untuk nasionasme di India.

Apakah Satyagraha?

a)

Berpegang teguh dengan kebenaran

b)

Tali persaudaraan

c)

Ikatan kasih sayang

d)

Muafakat masyarakat

16.

Mengapakah orang China menentang Dinasti Manchu?

a)

Berlaku kejam terhadap rakyat

b)

Menolak perinsip kemanusiaan

c)

Dianggap sebagai orang luar

d)

Hilang autoriti

17.

Tokoh X merupakan graduan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda bertugas sebagai pegawai kerajaan yang menuntut pihak British supaya membaiki taraf hidup orang Melayu serta memberi peluang orang Melayu bekerja dalam jabatan kerajaan.

Siapakah tokoh X?

a)

Haji Abbas Muhammad Taha

b)

Raja Chulan Raja Abdullah

c)

Syed Syeikh al-hadi

d)

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

18.

Pernyataan di bawah merujuk kepada sajak 'Anak Merdeka'


"Wahai anak bangsa yang lahir dari rahim perjuangan!

Bangunlah dari mimpi ngeri mu, Jejakkan dirimu kepada semangat juang pada pertiwi"


Apakah maksud rangkap puisi tersebut?

a)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan tokoh terdahulu

b)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang kepada desa dan lalai daripada membela nasib bangsa nasib sendiri

c)

Memastikan anak bangsa melenyapkan semangat nasionalisme dengan membenci tanahair

d)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa berjuang supaya tunduk kepada permintaan penjajah

19.

Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.


Apakah yang dihasratkan oleh Ibu Zain dalam majalah Bulan Melayu?

a)

Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengurus rumah tangga

b)

Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan

c)

Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki

d)

Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita

20.

Punca Revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang

a)

golongan raja

b)

Raja Louis XVI

c)

penjajahan British

d)

golongan Bangsawan