wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

algoritma search dan sort

Total questions: 18

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Teknik ini akan mencari dan meletakkan item-item daripada suatu senarai ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu sebelum item-item dalam setiap kumpulan tersebut disusun

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Binary search

d)

Bucket sort

2.

Teliti maklumat berikut.

• Senarai mengandungi item yang banyak.

• Item-item dalam senarai telah diisih.

Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mencari suatu item dalam senarai tersebut?

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

3.

Teliti segmen carta alir di bawah.

Apakah teknik yang menggunakan jenis gelung di atas?

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

4.

Hanisah diberikan satu senarai nombor [10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24]. Nombor-nombor yang manakah menjadi nilai tengah semasa proses binary search bagi nombor 22?

a)

19, 20, 21

b)

21, 22, 23

c)

17, 21, 23

d)

17, 14, 21

5.

Juliana telah membangunkan satu aplikasi search berdasarkan empat angka akhir nombor kad pengenalan. Antara berikut, yang manakah aplikasi yang mungkin telah dibangunkan oleh Juliana?

I Aplikasi mencari judul buku dalam perpustakaan.

II Aplikasi mencari biodata murid dalam pangkalan data.

III Aplikasi mencari markah peperiksaan murid.

IV Aplikasi mencari inventori barangan di dalam kelas

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I, II dan III

6.

Antara berikut, aktiviti yang manakah menggunakan teknik search dan sort?

I Seorang suri rumah mengasingkan pakaian mengikut warna sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

II Seorang guru merekod gred markah ujian murid.

III Seorang wanita membeli ikan di pasar.

IV Seorang posmen mengasingkan surat di pejabat pos sebelum diposkan kepada penerima

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Dalam industri penternakan, telurtelur ayam akan diproses mengikut gred atau saiz. Aktiviti ini menggambarkan ............

a)

linear search

b)

binary search

c)

bubble sort

d)

bucket sort

8.

Cikgu Khor mempunyai satu senarai yang mengandungi markah ujian Asas Sains Komputer bagi 250 orang murid Tingkatan 3. Senarai markah tersebut tidak diisih. Cikgu Khor ingin mencari markah yang terendah dan tertinggi dalam senarai tersebut. Apakah teknik sort dan search yang akan digunakan oleh Cikgu Khor dalam menyelesaikan masalah ini?

a)

Bucket sort dan binary search

b)

Bubble sort dan linear search

c)

Bucket sort dan linear search

d)

Bubble sort dan binary search

9.

Jika anda mempunyai sejumlah besar data untuk mencari melalui algoritma yang terbaik adalah dengan menggunakan

a)

Linear search

b)

Binary search

10.

Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan search?

a)

Mencari benda hilang

b)

Mencari item dalam senarai

c)

Mencari dan mengisih item dalam senarai

d)

Mencari suatu item dalam senarai yang diisih

11.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri sort?

a)

Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik sahaja

b)

Mengisih item-item dalam senarai urutan menaik dan menurun

c)

Mengisih item-item dalam senarai yang panjang sahaja

d)

Mengisi dan mencari item dalam senarai

12.

Teknik isihan yang menyemak dua item bersebelahan ialah

a)

bubble sort

b)

bucket sort

c)

binary search

d)

linear search

13.

Teknik ini mencari dan menyemak item di tengah senarai. Jika item di tengah senarai bukan item yang dikehendaki, item-item di sebelah kiri atau kanan akan diabaikan mengikut syarat yang ditetapkan

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

14.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri bucket sort?

a)

Meletakkan item-item ke dalam beberapa kategori secara sementara

b)

Mengisih item-item dalam setiap kategori sebelum memasukkan semula item-item ke dalam senarai

c)

Membandingkan dua item bersebelahan

d)

Sesuai untuk digunakan pada senarai yang mempunyai item yang banyak

15.

Algoritma carian mana yang lebih cenderung untuk menyelesaikan carian dalam beberapa langkah sahaja?

a)

Linear search

b)

Binary search

16.

Nora ingin mengisih fail-fail maklumat murid ke dalam 26 buah kotak yang dilabel dengan abjad A hingga Z. Apakah konsep yang digunakan oleh Nora untuk memudahkan kerjanya?

a)

Linear Search

b)

Binary Search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

17.

Antara situasi berikut, yang manakah menggunakan konsep gabungan binary search dan linear search?

a)

Zin Chuan membeli jam di kedai

b)

Nek Limah menjual nasi lemak kepada pelanggan

c)

Indra memilih baju di sebuah pasar raya

d)

Fezrul mencari kasut yang sesuai untuk pelanggan di kedai

18.

Diberi satu senarai [2,5,7,8,10,12,14,15,17,18]. Nilai yang ingi dicari adalah 16. Antara berikut, kumpulan nombor yang manakah menunjukkan urutan perbandingan yang dibuat dalam proses mencari nilai 16?

a)

12,14,17

b)

18,17,15

c)

14,17,15

d)

12,17,15