wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sinopsis Tawanan Komander Caucasus

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan ____________ yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya.

a)

Kim Yong

b)

Chea Mei

2.

Sebagai rakan sekelas, apakah yang dilakukan Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei untuk menunjukkan rasa simpati dan sedih atas kehilangan Kim Yong?

a)

Mereka bersepakat menjejaki kehilangan misteri Kim Yong

b)

Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.

3.

Apakah tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana kepada murid-muridnya?

a)

mencari tumbuhan herba bagi memastikan taman herba yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan.

b)

mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan.

4.

Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari serangga apa?

a)

kumbang

b)

semut

5.

Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di mana?

a)

dusun datuk Farhani

b)

dusun datuk cikgu Salimah

6.

Mengapakah Farhani mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu?

a)

Disebabkan Mira dan chea Mei tiba lewat di dusun datuknya,

b)

Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya,

7.

Apakah yang berlaku kepada Farhani sejurus masuk ke dalam rumah lama yang ditemui ketika mencari kumbang?

a)

Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang.

b)

Dia pengsan dan tidak sedarkan diri

8.

Apakah yang dilakukan Cikgu Salimah yang berasa bersalah atas kehilangan Farhani?

a)

Dia menangisi kehilangan Farhani

b)

Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani

9.

Apakah yang dilakukan Haikal apabila mereka menemukan sapu tangan milik Farhani di ruang bawah tanah sebuah rumah usang di dalam dusun datuk Farhani?

a)

Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di rumah usang itu

b)

Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk pulang dan melaporkan penemuan sapu tangan milik Farhani di ruang bawah tanah kepada pihak polis

10.

Apakah yang berlaku kepada Frahani sejurus melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang ?

a)

Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia.

b)

Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana dna dijatuhi hukuman bunuh

11.

Di makmal rahsia itu, siapakah yang Farhani telah temui secara tidak sengaja?

a)

Puteri Coleoptera

b)

Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih.

12.

Siapakah Komander Caucasus?

a)

seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi.

b)

seekor kumbang yang sangat baik dan sopan

13.

Apakah yan berlaku kepada Haikal, Devnath dan Wei yang mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu?

a)

mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara

b)

mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera Komander Caucausus

14.

Bagaimanakah Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya?

a)

mereka membuat serangan hendap

b)

menggunakan cecair Endosulfansekali

15.

Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Apakah tindakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut?

a)

Mereka kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara dan minum serum yang diberikan oleh Bara

b)

Mereka mendapakan rawatan dari hospital berhampiran untuk memulihkan keadaan mereka