WorksheetsLogik deduktif dan induktif
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Logik ialah
Suatu ilmu yang dapat membezakan di antara suatu ilmu yang membawa ke arah kebenaran dan keyakinan dengan ilmu yang membawa pemikiran ke arah kesamaran dan salah.
Suatu ilmu penting yang akan memastikan seseorang mampu menguasai perdebatan berkaitan sesuatu isu.
Suatu ilmu yang dapat menguatkan hujah sesebuah kesimpulan.
Suatu ilmu yang tidak sistematik tentang kaedah memperoleh ilmu dan mencapai kebenaran.
Ahli falsafah yang memperkenalkan logik sebagai ilmu yang sistematik ialah
Immanuel Kant
Cicero
Aristotle
Alexander Aprodisias
Ilmu logik yang dibawa oleh Aristotle dan ilmu mantiq adalah
ilmu yang sama walaupun berbeza pada nama kerana diadaptasi oleh ilmuan muslim daripada ilmu yunani.
ilmu yang hanya boleh dipraktikkan oleh para cendekiawan sahaja.
berbeza kerana ilmu mantik tidak memisahkan di antara falsafah dan teologi.
satu kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah dalam mengkaji alam semesta.
Kaedah logik ini merupakan kesimpulan khusus yang dibuat daripada pernyataan umum.
Abduksi
Deduktif
Heuristik
Induktif
Sekeping kek Macademia cheese yang dibeli oleh Puan Laila didapati hilang dari peti sejuk yang terdapat di bilik guru. Ketika menyiasat kes kehilangan kek ini, Puan Laila mendapati:
1.Kartika berada di bilik guru pada ketika itu namun dia mempunyai alergik kepada kacang.
2. Maria merupakan peminat kek Macademia cheese walau bagaimanapun dia tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.
3. Sofea pernah ditangkap mencuri makanan daripada peti sejuk di bilik guru beberapa kali dalam minggu itu.
Pilih kaedah logik yang digunakan beserta kesimpulannya.
Induktif- Kartika adalah pencuri kerana berada pada tempat kejadian
Deduktif- Sofea adalah pencuri kerana melihat kepada premis-premis khusus
Induktif -Sofea adalah pencuri kerana melihat kepada premis-premis khusus
Deduktif - Maria bukan pencuri
1.Kesemua bangsa Melayu di Malaysia beragama Islam dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
2. Rashid beragama Islam.
3. Rashid fasih bertutur dalam Bahasa Melayu
4. Ibu bapa Rashid merupakan bangsa Melayu
Apakah kaedah logik yang sesuai dan kesimpulannya.
Deduktif- Rashid berbangsa Melayu
Induktif - Rashid berbangsa Melayu
Deduktif - Rashid berkemungkinan berbangsa Cina atau India.
Falasi - Premis pertama adalah tidak tepat kerana orang beragama Islam dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu berkemungkinan berbangsa selain dari Melayu.
Ahmad memiliki wang sebanyak RM50 dan dia bercadang mencari hadiah telekung kepada ibunya. Di kedai telekung, Ahmad mendapati tekelung A bernilai RM80, telekung B bernilai RM90 dan telekung C bernilai RM100.
Apakah kaedah logik yang sesuai dan kesimpulannya?
Deduktif - Harga telekung di kedai itu terlalu mahal
Induktif - Ahmad berkemungkinan tidak mampu membeli telekung di kedai itu.
Induktif - Ahmad tidak akan berjaya membeli telekung kepada ibunya.
Deduktif - Ahmad mungkin akan berjumpa telekung yang bersesuaian sekiranya dia terus mencari.
Kesemua perempuan baik yang dijumpai oleh Syafiq mempunyai pendidikan tinggi.
Syafiq membuat keputusan mencari calon isteri yang mempunyai pendidikan tinggi kerana calon tersebut pastilah seorang perempuan yang baik. Kaedah logik yang manakah yang digunakan oleh Syafiq?
Induktif
Deduktif
Abduktif
Falasi
1.Vaksin yang boleh diambil oleh masyarakat islam adalah vaksin yang halal.
2. Vaksin Pfizer tidak mengandungi unsur haiwan.
3. Vaksin Pfizer diiktiraf halal oleh kerajaan Malaysia.
Apakah kaedah logik yang sesuai dan apakah kesimpulannya?
Induktif - Vaksin Pfizer boleh diambil oleh masyarakat Islam
Abduksi - Vaksin Pfizer mempunyai rekod di mana berlaku kematian selepas pengambilan vaksin tersebut.
Deduktif - Vaksin Pfizer boleh diambil oleh masyarakat islam kerana halal.
Heuristik - Kita perlu mencuba vaksin Pfizer untuk mengetahui keberkesanannya.
Bangunan di sebuah universiti dinamakan dengan nama Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd dan al-Farabi
Induktif - Kesemua bangunan di universiti tersebut dinamakan bersempena dengan nama ilmuan Islam.
Deduktif - Hanya terdapat 4 bangunan di universiti tersebut.
Induktif - Kemungkinan kursus yang ditawarkan di universiti tersebut adalah sains dan kejuruteraan.
Deduktif - Pelajar universiti ini adalah penganut beragama islam sahaja.
