Font size
WorksheetsImtihan Muntalaq Bab 5 (i)
Total questions: 10
Worksheet time: 11mins
Menurut Imam al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang yang beriman dan orang munafik. Ia menjadi ciri utama orang beriman iaitu amar makruf nahi mungkar. Asas ciri tersebut ialah menyeru kepada Islam. Ini berpandukan kepada tafsiran dari ayat ?
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
“Orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang yang beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar.” (At-Taubah 9:71)
وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
“Dan serulah (manusia) supaya (menyembah) Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).”
(Al-Qasas 28: 87)
وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ
“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ)(78كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
“Telah dikutuki orang-orang yang kafir di antara Bani Israel di atas lidah Daud dan ‘Isa anak Maryam. Demikian itu disebabkan mereka derhaka dan aniaya (melampaui batas). Mereka tiada melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat.” (Al-Maidah 5:78—79)
“Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka." Definisi Dakwah oleh ?
Ibnu Qayyim
Ibnu Taimiyah
Ibnu Jauzi
Ibnu Sina
Syaitan mengajar mereka supaya meninggalkan dakwah, tidak menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar dalam rangka berbaik-baik sesama insan, berakhlak baik terhadap mereka dan kononnya melaksanakan firman Allah: “Jagalah diri kamu”
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ
5:105
Komentar Dari Ibnu Taimiyah
Komentar Dari Ibnu Qayyim
Komentar Dari Al Ghazali
Tanggungjawab fardhu kifayah
hanya terlaksana apabila ada orang yang menjalankan tanggungjawab tersebut.
BENAR
SALAH
Punca Punca "Orang Baik" hanya menggelupur kesedihan dan tidak menyahut seruan amar makruf nahi mungkar berpandukan Bab 5.
Rasa takut dan ingin menjaga kepentingan
Kesibukan dengan urusan kehidupan dan mencari rezeki
Tidak mengetahui jalan kerja
Da'ie malas nak pergi jumpa
Antara tabiat thoriq dakwah ialah pendokongnya sedikit , halangannya banyak dan jalannya pendek.
SAHIH
SALAH
Apa impak kepada masyarakat jika orang baik dan da'ie memilih untuk mengasingkan diri di "gua gua ibadah" ?
Yang dimaksudkan dengan Kitab Kitab Ar-Raqaiq ialah
Kitab kitab berkenaan tatacara ibadah
Kitab kitab berkenaan hadis hadis akhir zaman
Kitab kitab berkenaan pelembut hati
Kitab kitab berkenaan tatacara jual beli
Apa beza Da'ie membaca Kitab kitab Raqaiq (pelembut hati) dengan Orang awam membaca kitab kitab Raqaiq ?
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ
An Nahl: 127
adalah dalil menunjukkan kesedihan dengan nasib umat islam ada satu perkara yang mulia.
BENAR DAN TEPAT
TIDAK TEPAT
