wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pola Ayat Dasar

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut bukan jenis frasa dalam bahasa melayu?

a)

Frasa adjektif

b)

Frasa nama

c)

frasa kerja

d)

frasa ganti nama

2.

Apakah jenis frasa yang bergaris dalam ayat berikut?

Adik perempuan saya suka membaca buku.

a)

Farasa nama

b)

Frasa kerja

c)

Frasa adjektif

d)

Frasa sendi nama

3.

Ayat yang manakah yang menggunakan frasa kerja sebagai predikat?

a)

Ali bermain bola sepak di padang pada waktu petang.

b)

Ali ialah pemain bola sepak yang aktif di sekolahnya.

c)

Ali suka bermain bola sepak di padang sekolahnya.

d)

Ali ke padang sekolahnya untuk bermain bola sepak setiap petang.

4.

Apakah pola ayat dasar yang digunakan dalam ayat ini...


Wanita berkebaya biru itu sedang berbual-bual dengan ibu saya.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

5.

Ayat yang manakah menggunakan pola ayat dasar ini...

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

a)

Puan Maslina pergi ke pasar pada setiap hari Ahad.

b)

Encik Raju akan ke Kuala Lumpur untuk bercuti.

c)

Puan Mei Ling duduk di atas kerusi sambil menunggu anaknya pulang dari sekolah.

d)

Wak Suji berasal dari sebuah perkampungan di Pulau Sumatera.

6.

Nyatakan jenis frasa yang bergaris dalam ayat berikut...

Lelaki yang berambut perang itu membawa sebuah buku yang sangat tebal.

a)

Frasa sendi nama

b)

Frasa kerja

c)

Frasa nama

d)

Frasa adjektif

7.

Apakah pola ayat dasar bagi ayat berikut?

Lelaki yang sedang melukiskan adik gambar kartun itu kartunis terkenal.

a)

frasa nama + frasa nama

b)

frasa nama + frasa kerja

c)

frasa nama + frasa adjektif

d)

frasa nama + frasa sendi nama

8.

Nyatakan jenis frasa yang menjadi predikat ayat di bawah ini:

Syarikat yang menawari beliau jawatan itu di Johor Bahru.

a)

frasa kerja

b)

frasa sendi nama

c)

frasa nama

d)

frasa adjektif

9.

Pilih ayat yang menggunakan pola ayat dasar berikut:

frasa nama + frasa adjektif

a)

Wanita yang berbadan dua itu kakak saya.

b)

Semua pencuri itu kena tangkap semalam.

c)

Pengetua sekolah itu gembira kerana murid-murid sekolahnya berkelakuan baik.

d)

Mereka ke bandar Masjid Tanah utnuk menjamu selera di Restoran Mawar.

10.

Apakah jenis frasa yang digunakan sebagai subjek ayat di bawah?

Ibu dan ayah pulang ke kampung untuk menziarahi nenek yang sedang sakit.

a)

frasa nama

b)

frasa kerja

c)

frasa adjektif

d)

frasa sendi nama