Font size
WorksheetsKUIZ KATA NAMA
Total questions: 12
Worksheet time: 10mins
Definisi manakah yang menerangkan tentang kata nama?
Perkataan yang merujuk kepada nama bagi sesuatu, sama ada nama orang, benda, haiwan, konsep, perkara atau tempat.
Golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja.
Dikenali sebagai kata sifat.
Perkataan yang merujuk perkataan yang baik dan bahasa yang digunakan dalam upacara rasmi.
Kata nama diperincikan kepada tiga golongan kata nama. Yang manakah antara berikut bukan golongan kata nama?
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama
Kata Nama Pilihan
Kata nama am merujuk...
perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
kata yang menyatakan waktu atau masa.
benda, perkara, tempat, institusi atau konsep yang bersifat umum.
Yang manakah tergolong dalam kata nama am?
sekolah
pelajar
kami
Sekolah Menengah Saint Francis Xavier
___________ merujuk kepada sesuatu yang khusus.
Kata nama khas
Kata nama am
Kata nama
Kata ganti nama
Pasangan kata manakah yang bukan menunjukkan kata nama khas?
Kuala Lumpur, Johor Bahru
Ali, saya
Whiskas, Makanan
Klinik Junainah, Servay Jaya
Kata ___________ ialah perkataan yang menjadi ___________ kepada kata nama khas dan kata nama am.
ganti nama, pengganti
nama khas, pengolah
ganti nama, pengukir
nama am, ukuran
Pelajar itu disayangi oleh semua guru. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam kelasnya, iaitu kelas 4 Sapphire. Berdasarkan ayat, pilih kata nama khas.
Pelajar
4 Sapphire
Pertama
Kelas
Natasha bersekolah di Sekolah Menengah Saint Francis Xavier. Dia mengambil aliran kemanusiaan semasa berada di Tingkatan 5. Dia mempunyai seorang rakan bernama Nurul. Mereka merupakan kawan yang akrab.
Perkataan yang bergaris tergolong dalam kata?
Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama
Amir merupakan seorang guru di sekolah tersebut. Beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Sabah. Namun begitu, universiti tersebut sangat luas. Oleh itu, beliau memerlukan sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.
Kata nama am yang terdapat dalam ayat ialah...
guru, sekolah, Universiti Malaysia Sabah.
beliau, guru, sekolah, pensyarah.
guru, sekolah, pensyarah, kereta, universiti.
Cikgu Amir, guru, sekolah, pensyarah, kereta, universiti.
Haikal dan Razman pergi ke kantin. ________ membeli makanan dan minuman.
Perkataan yang bergaris sesuai diisi dengan kata ganti nama...
pertama
kedua
ketiga
keempat
Cikgu Khairul mengesyaki bahawa murid-murid dalam kelas 4 Sapphire tidak menghadiri kelas dalam talian kerana mereka lewat bangun.
Perkataan yang bergaris ialah kata nama.
Betul
Salah
