Font size
WorksheetsBAB 3 : SUMBER PEMBIAYAAN
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Jenis-jenis modal
wang tunai
stok
harta peribadi
jentera
Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan peniaga mencagarkan barangan berharga untuk mendapat pinjaman?
A. Sewa beli
B. Pajakan
C. Overdraf
D. Ar-Rahnu
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
• Overdraf
• Pajakan
• Sewa beli
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
A. Sumber pembiayaan dalaman
B. Sumber pembiayaan luaran
C. Sumber pembiayaan bank
D. Sumber pembiyaan agensi kerajaan
Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan memperoleh jentera melalui skim pajakan?
I. Dapat menjana pendapatan
II. Dimiliki selepas tamat tempoh pajakan
III. Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
IV. Dapat menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.
- Untuk pemegang akaun semasa
- Faedah di kenakan mengikut jumlah wang yang dikeluarkan
Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan?
A Sewa beli
B Pinjaman
C Overdraf
D Ar-Rahnu
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Aisyah.
Puan Aisyah merupakan seorang pengusaha Kedai Roti dan Kek. Memandangkan perniagaannya mendapat sambutan yang baik, beliau mengambil keputusan untuk membuka satu lagi kedai dengan menggunakan wang simpanan sendiri
Mengapakah beliau memilih menggunakan sumber pembiayaan tersebut?
I. Sumber pembiayaan luaran memerlukan jaminan
II. Modal daripada sumber pembiayaan dalaman tidak terhad.
III. Sumber pembiayaan luaran tidak sesuai untuk perniagaan Kedai Roti dan Kek.
IV. Sumber pembiayaan dalaman dapat mengelakkan pembayaran faedah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang merupakan sumber pembiayaan luaran?
I Pajakan
II Overdraf bank
III Simpanan peribadi
IV Modal daripada keuntungan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah jenis pembiayaan yang sesuai untuk membeli mesin basuh perniagaan tersebut?
A Pajakan
B Gadaian
C Sewa beli
D Pemfaktoran
Jenis pembiayaan manakah yang sesuai dipilih oleh Encik Megat yang ingin membuka gerai menjual minuman soya dan kuih pau?
A Ar-Rahnu
B Pinjaman bank
C Simpanan peribadi
D Geran pembangunan
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang sumber pembiayaan?
A. Terdiri daripada wang tunai sahaja
B. Alat yang digunakan untuk memulakan perniagaan
C. Dana yang diperlukan untuk memulakan perniagaan
D. Instrumen yang diperlukan untuk menghasilkan barang
Encik Rahman bercadang membuka sebuah Restoran Makanan Laut di Taman Bukit Katil Kenari. Dia mempunyai baki akaun semasa berjumlah RM 50 000. Bagi tujuan memulakan perniagaan, Encik Rahman telah mengeluarkan wang sejumlah RM 70 000 daripada akaun semasanya.
Apakah bentuk pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada Encik Rahman?
A Overdraf
B Pinjaman peribadi
C Pinjaman bercagaran
D Pinjaman jangka Panjang
Pada pendapat anda, mengapakah usahawan memilih pajakan sebagai sumber pembiayaan perniagaan?
I Dapat mengelakkan masalah hutang lapuk
II Dapat mengatasi masalah aliran tunai perniagaan
III Dapat mengurangkan pembiayaan cukai pendapatan
IV Dapat mengelakkan masalah aset tetap menjadi usang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?
I Bantuan modal dari agensi kerajaan
II Simpanan peribadi
III Modal daripada keuntungan
IV Bank dan institusi kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai
A Pajakan
B Sewa beli
C Pemfaktoran
D Pinjaman
Melalui skim pajakan, peniaga dapat mengatasi masalah…
I aliran tunai
II aset menjadi usang
III pembayaran cukai pendapatan
IV kejadian hutang lapuk
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan permohonan sumber pembiayaan.
Cik Nora merupakan seorang tukang jahit yang mengambil upah menjahit pakaian di sekitar kawasan rumahnya. Pelanggan sangat berpuashati dengan mutu jahitan Cik Nora. Setelah beberapa tahun, Cik Nora mengambil keputusan untuk membuka sebuah butik pakaian dengan menggunakan duit simpanannya dan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan bukan daripada institusi kewangan.
Mengapakah Cik Nora berbuat demikian?
I Kos pinjaman lebih murah
II Jumlah pinjaman tidak terhad
III Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
IV Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV’
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Latifah.
Pada minggu lepas, Puan Latifah memulakan perniagaan
menjual nasi lemak di pasar malam. Beliau menggunakan
wang dalam akaun simpanan di bank
Apakah sumber pembiayaan yang digunakan oleh Puan Latifah?
A. Overdraf
B. Akaun simpanan
C. Bank dan institusi kewangan
D. Sumber pembiayaan dalaman
Sherry memulakan perniagaan kedai dobinya dengan menggunakan wang simpanan sendiri.
Apakah kekurangan menggunakan sumber pembiayaan tersebut?
A Modal terhad
B Faedah yang tinggi
C Cagaran diperlukan
D Persaingan yang sengit
Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan sejenis pembiayaan luaran.
Perniagaan boleh menambah kecairan perniagaan dengan menjual surat hutang atau invois
Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut ?
A Syer
B Pajakan
C Ar-Rahnu
D Pemfaktoran
Rajah di bawah menunjukkan jenis pembiayaan untuk sebuah perniagaan
Apakah A dan B?
A Simpanan dan rizab
B Simpanan dan pajakan
C Simpanan dan sewa beli
D Simpanan dan bantuan modal
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.
Perlu membayar duit pendahuluan
Faedah dikenakan mengikut kadar tahunan
Bayaran bulanan mengikut baki yang telah dipersetujui
Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan?
A Sewa beli
B Pinjaman
C Overdraf
D Ar-Rahnu
Gambar 5 menunjukkan perbualan antara dua orang kawan baik.
Apakah jenis pembiayaan X yang dimaksudkan?
A. Syer
B. Sewa beli
C. Pemfaktoran
D. Modal daripada keuntungan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan perniagaan
· Usahawan boleh menggunakan sesebuah jentera
· Pemberi sewa adalah pemilik jentera
· Jentera diserah balik kepada pmilik bila tamat tempoh sewaan
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
A. Pemfaktoran
B. Sewa beli
C. Pajakan
D. Syer
Bagaimanakah syarikat pemfaktoran membantu peniaga?
A. Menyediakan kemudahan tunai dengan segera
B. Menyediakan kemudahan overdraf
C. Menjual barangan secara kredit
D. Menyewa jentera
Apakah kelebihan sumber pembiayaan secara sewa beli kepada pembeli?
A. Tempoh pembayaran balik yang panjang
B. Jumlah bayaran keseluruhan yang lebih rendah
C. Kos penyelenggaraan ditanggung oleh pembiaya
D. Harta menjadi hak milik selepas pendahuluan di bayar.
