Worksheetsgurindam pasal 12
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Gurindam dikategorikan sebagai
puisi moden
puisi tradisional
prosa tradisional
prosa moden
Tema Gurindam 12 ini ialah
memberi nasihat supaya memelihara alam sekitar
memberi nasihat supaya berbuat baik kepada ibu bapa
memberi nasihat agar berhati-hati di jalan raya
memberi nasihat agar memelihara anggota badan dan budi pekerti
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apakah maksud bagi rangkap pertama gurindam ini?
Apabila seseorang menjaga penglihatan, maka tidak timbul pelbagai keinginan.
Apabila seseorang menjaga pendengaran, maka berita tidak elok dapat dihindari.
Apabila seseorang menjaga makan dan minum, dia akan kenyang.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apakah maksud bagi rangkap kedua gurindam ini?
Apabila seseorang mengawal pergerakan kaki, maka dia tidak akan pergi ke tempat yang tidak berfaedah.
Apabila seseorang menjaga pendengaran, maka berita tidak elok dapat dihindari.
Apabila seseorang menjaga percakapannya, maka kata-kata yang dikeluarkan amatlah baik.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Apakah maksud bagi rangkap ketiga gurindam ini?
Apabila seseorang menjaga pertuturannya, maka banyak kebaikan akan diperolehinya.
Apabila seseorang menjaga penglihatan, maka tidak timbul pelbagai keinginan.
Apabila seseorang banyak memberi, maka dia akan memperoleh banyak ganjaran.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apakah maksud bagi rangkap keempat gurindam ini?
Apabila seseorang menjaga tangannya, maka dapat memegang segala benda.
Apabila seseorang menjaga kakinya, maka dapat berjalan dengan baik.
Apabila seseorang menjaga tangannya, maka dapat menghindari diri daripada melakukan dosa kecil dan dosa besar.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Apakah maksud bagi rangkap kelima gurindam ini?
Apabila seseorang makan terlalu banyak, maka kita akan mudah gemuk.
Apabila seseorang makan terlalu banyak, maka banyak perkara memudaratkan akan timbul.
Apabila seseorang menjaga perut, maka dia akan sihat.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Apakah maksud bagi rangkap keenam gurindam ini?
Apabila seseorang memelihara perutnya, di situlah tempat seseorang akan kenyang.
Apabila seseorang menjaga pertuturannya, maka banyak kebaikan akan diperolehinya.
Kita mestilah menjaga hati kerana disitulah orang akan hilang pedoman.
Nilai yang terdapat dalam gurindam ini, KECUALI
Kesederhanaan
Kebijaksanaan
Keyakinan
Berbudi bahasa
Persoalan yang terdapat dalam Gurindam 12 ini ialah
kepentingan mengawal penglihatan
kesungguhan
kita haruslah berbudi bahasa dengan memelihara pertuturan
rasional
Kesemua adalah anggota diri yang disebut dalam Gurindam Dua Belas KECUALI...
Tangan
Kaki
Kepala
Perut
Menjaga tutur kata akan mendapat banyak faedah.Rangkap ke (a)
Apakah maksud bagi rangkap ke-5?
Manusia suka mengikut hawa nafsu tanpa hirau kesannya.
Amar Maarof Nahi Mungkar
Mengawal nafsu boleh hindar melakukan perkara terlarang
Pentingnya pelihara anggota diri.
Jagalah (a) agar tidak melihat perkara yang dilarang oleh Allah
Berikut adalah persoalan yang ada dalam gurindam tersebut KECUALI
Pelihara Penglihatan
Pelihara pendengaran
Pelihara alam sekitar
Pelihara percakapan
Gurindam ini berbentuk ___________________
bebas
terikat
Rima akhir gurindam ini ialah _________________
ab
aa
bb
Gaya bahasa dalam frasa Khabar yang jahat tiadalah damping.
Aliterasi
Asonansi
Gaya bahasa yang terdapat dalam frasa Apabila terpelihara kuping
Asonansi
Aliterasi
Nescaya dapat daripadanya faedah merupakan gaya bahasa _______________
simile
personafikasi
inversi
metafora
