WorksheetsSAJAK KU INGIN BERTERIMA KASIH
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
"Jasa pejuang negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi tanah air sentiasa diingati oleh penulis"
Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Oraang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
Mengapakah penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada hujan?
Memberikan rezeki kepada petani
Menginsafkan manusia tentang kekejaman perang
Mendinginkan jiwa dan memadamkan api kemarahan
Menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di pondok
Berdasarkan sajak, penyajak digambarkan sebagai seorang yang
bijaksana
belas kasihan
mengenang jasa
tidak berputus asa
Apakah tema sajak Ku Ingin Berterima Kasih
Kasih sayang sesama manusia
Bersyukur akan pemberian tuhan
Semangat cintakan negara
Kebijaksanaan menyelesaikan masalah
Mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada tanah?
Penyajak memiliki tanah pusaka yang luas
Tanah miliknya sesuai bercucuk tanam
Penyajak bertani untuk memperoleh pendapatan
Tanah yang subur menjadi punca rezeki para petani
Baris "kerana sudi membebaskan derita" membawa maksud bahawa ikan-ikan
Menghilangkan penderitaan para pelayar
Menghilangkan kesusahan hidup petani
Memberikan kekayaan yang luar biasa
Menjadi rezeki kepada nelayan
Penyajak membayangkan keinginannya menjadi bunga kerana
cantik apabila dipandang
mampu menyenangkan insan lain
mampu mengharumkan diri sendiri
dapat menghilangkan keresahan akibat peperangan
Perkara berikut merupakan contoh nilai kerajinan yang terdapat dalam sajak, kecuali
para peniaga bekerja menjual hasil pertanian
petani bercucuk tanam di tanah yang subur
nelayan mencari rezeki di lautan yang luas
wira negara bermati-matian mempertahankan negara
Penyajak mengharapkan kita sentiasa berterima kasih kepada semua hidupan.
Pada pendapat anda, apakah manfaat apabila kita sering mengucapkan terima kasih?
Diri akan merasa megah
Sentiasa mendapat pertolongan
Dapat mengeratkan hubungan
Mendapat pujian daripada masyarakat
Berikut adalah nilai yang terdapat dalam sajak Ku Ingin Berterima Kasih, kecuali
Mengenang jasa
Kesopanan
Keinsafan
Kesetiaan
