Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4 Komposisi Kimia dalam Sel

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Karbohidrat mempunyai semua unsur-unsur di bawah kecuali

a)

karbon

b)

nitrogen

c)

hidrogen

d)

oksigen

2.

Terdapat tiga jenis karbohidrat utama iaitu

a)

Dwisakarida

b)

Polisakarida

c)

Disakarida

d)

Monosakarida

3.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang monosakarida ?

a)

Monosakarida juga dikenali sebagai gula penurun.

b)

Monosakarida boleh bergabung membentuk polimer melalui tindak balas hidrolisis.

c)

Monosakarida mempunyai kuasa penurunan iaitu berupaya memindahkan hidrogen kepada sebatian lain.

d)

Monomer karbohidrat iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas.

4.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang polisakarida?

a)

Polisakarida tidak larut dalam air.

b)

Polisakarida mempunyai rasa manis.

c)

Polisakarida tidak menghablur.

d)

Polisakarida terdiri daripada rantaian panjang beratus-ratus monosakarida.

5.

Polisakarida boleh terurai melalui hidrolisis dengan bantuan faktor-faktor berikut kecuali

a)

Tindakan enzim

b)

Asid cair

c)

Pendidihan

d)

Kondensasi

6.

Yang manakah antara berikut adalah kepentingan karbohidrat dalam sel?

a)

Karbohidrat dapat membaiki tisu-tisu yang telah rosak.

b)

Selulosa pada dinding sel tumbuhan sebagai sokongan pada tumbuhan.

c)

Sebagai simpanan makanan dalam bentuk glikogen dan kanji.

7.

Antara berikut yang manakah bukan unsur dalam protein?

a)

Kalium

b)

Karbon

c)

Sulfur

d)

Nitrogen

e)

Ferum

8.

Semua penyataan berikut adalah benar tentang protein kecuali

a)

Polipeptida dibina oleh rangkaian asid amino.

b)

Dipeptida adalah dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan hidrogen.

c)

Terdapat 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

d)

Protein penting untuk sintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin.

9.

Apakah perbezaan antara karbohidrat dengan lipid?

a)

Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam lipid lebih tinggi berbanding karbohidrat.

b)

Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam karbohidrat lebih tinggi berbanding lipid.

c)

Nisbah atom karbon kepada atom hidrogen dalam lipid lebih tinggi berbanding karbohidrat.

10.

Antara berikut yang manakah benar tentang lemak tepu dan lemak tak tepu.

a)

Kedua-duanya terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen.

b)

Kedua-duanya adalah molekul berkutub.

c)

Lemak tepu adalah dalam bentuk cecair pada suhu bilik.

d)

Lemak tepu hanya mempunyai ikatan tunggal antara karbon.

11.

Antara berikut yang manakah unsur yang terdapat dalam asid nukleik?

a)

Nitrogen

b)

Fosforus

c)

Sulfur

d)

Ferum

12.

Apakah S?

a)

Kumpulan fosfat

b)

Bes bernitrogen

c)

Gula pentosa

13.

Antara berikut, penyataan manakah yang benar?

a)

DNA adalah satu rantai polinukleotida tunggal.

b)

RNA mengandungi gula ribosa manakala DNA mengandungi gula deoksiribosa.

c)

Bes bernitrogen bagi RNA ialah adenina, guanina, sitosina dan urasil.

d)

Bes bernitrogen urasil berpasangan dengan adenina dalam DNA .

14.

Apakah sifat molekul air yang menjadikan air sebagai pelarut semesta?

a)

Daya lekitan

b)

Tindakan kapilari

c)

Molekul berkutub

d)

Muatan haba tentu

15.

Apakah maksud daya lekitan?

a)

Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil.

b)

Oksigen dan hidrogen tertarik satu sama lain.

c)

Molekul air melekat antara satu sama lain.

d)

Molekul air melekat pada dinding salur xilem.

16.

Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam karbohidrat?

a)

Karbon, Hidrogen, Oksigen

b)

Karbon, Hidrogen, Oksigen, Nitrogen

17.

Antara yang berikut, yang manakah polisakarida?

a)

Glikogen

b)

Fruktosa

c)

Galaktosa

d)

Maltosa

18.

Jadual 1 menunjukkan molekul glukosa melalui proses Y. Apakah proses Y?

a)

Fotosintesis

b)

Kondensasi

c)

Asimilasi

d)

Hidrolisis

19.

Antara yang berikut, yang manakah disakarida?

a)

Fruktosa

b)

Galaktosa

c)

Sukrosa

d)

Selulosa

20.

Antara yang berikut, yang manakah monosakarida?

a)

Kanji

b)

Sukrosa

c)

Selulosa

d)

Galaktosa

21.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili hidrolisis protein?

a)

Polipeptida + air → dipeptida

b)

Polipeptida → dipeptida + air

c)

Dipeptida → polipeptida + air

d)

Dipeptida + air → polipeptida

22.

Komponen dalam nukleotida ialah kumpulan fosfat, gula deoksiribosa dan (a)  

23.

Antara berikut yang manakah merupakan sebatian bukan organik

a)

Mentega

b)

Daging

c)

Nasi

d)

Air

24.

Ikatan antara 2 amino asid terbentuk daripada hasil penyingkiran atom hidrogen. Apakah nama ikatan yang terbentuk tersebut?

a)

Ikatan kovalen

b)

Ikatan peptida

c)

Ikatan hidrogen

d)

Ikatan ion

25.

Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti pekerjaan. Apakah nutrien utama yang diperlukan oleh pekerjaan itu?

a)

Vitamin dan lemak

b)

Lemak dan karbohidrat

c)

Vitamin dan karbohidrat

d)

Protein dan garam mineral

26.

Berikut merupakan contoh makanan harian manusia. Berdasarkan makanan dibawahnya, apakah monomer bagi makanan ini?

a)

Nukleotida

b)

Asid lemak

c)

Asid amino

d)

Gula mudah

27.

Apakah jenis karbohidrat yang boleh dijumpai dalam rajah tersebut?

a)

Sukrosa

b)

Laktosa

c)

Glukosa

d)

Fruktosa

28.

(a)   dapat dijumpai dalam kuantiti yang banyak dalam hati.

29.

Air merupakan molekul berkutub dan pelarut universal bagi kebanyakkan molekul biologi. Berikut adalah kepentingan air kepada organisma hidup kecuali

a)

mengekalkan keseimbangan osmosis

b)

membantu mengekalkan keseimbangan suhu badan

c)

sebatian yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon

d)

memberi kelembapan untuk alveolus

30.

Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi unsur

a)

hidrogen

b)

nitrogen

c)

karbon

d)

sulfur

31.

Antara yang berikut, yang manakah bukan sebatian organik dalam badan manusia

a)

air

b)

protein

c)

lipid

d)

karbohidrat

32.

Polisakarida merupakan polimer yang terbentuk melalui proses kondensasi banyak molekul glukosa. sebatian manakah merupakan contoh polisakarida?

a)

glikogen dan trigliserida

b)

selulosa dan glikogen

c)

fosfolipid dan kanji

d)

steroid dan kanji

33.

Unit asas bagi protein adalah asid amino. 1 dipeptida dapat diuraikan kepada 2 unit asid amino melalui proses

a)

kondensasi

b)

pemanasan

c)

penambahan asid

d)

hidrolisis

34.

Gambar rajah berikut merupakan contoh polisakarida. Berikut adalah persamaan antara kanji, glikogen dan selulosa kecuali

a)

monomer adalah glukosa

b)

larut dalam air

c)

tidak manis

d)

terbentuk daripada proses kondensasi

35.

Laktosa merupakan salah satu contoh disakarida. Monosakarida bagi laktosa adalah

a)

glukosa dan galaktosa

b)

glukosa sahaja

c)

glukosa dan fruktosa

d)

fruktosa dan galaktosa

36.

Berikut adakah kepentingan protein kecuali

a)

membina sel baharu menggantikan tisu yang mati

b)

diperlukan untuk sintesis enzim

c)

komponen penting dalam membran plasma

d)

melindungi organ-organ dalaman

37.

Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai lemak tak tepu

a)

mempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon

b)

didapati dalam bentuk pepejal dalam suhu bilik

c)

contoh makanan adalah mentega dan lemak haiwan

d)

mempunyai bilangan atom hidrogen yang maksimum

38.

Antara berikut yang manakah bukan merupakan jenis lipid yang utama kecuali

a)

lemak

b)

steroid

c)

lilin

d)

enzim

39.

trigliserida terdiri daripada

a)

1 molekul gliserol dan 3 molekul asid amino

b)

1 molekul gliserol dan 3 molekul fosfat

c)

1 molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak

d)

1 molekul gliserol dan 3 molekul steroid

40.

Gambar rajah di atas menunjukkan proses kondensai monosakarida. Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai proses kondensasi?

a)

molekul air disingkirkan

b)

molekul air ditambah

c)

molekul air terurai

d)

molekul air pecah

41.

Daun pada tumbuhan di atas kalis dengan air kerana permukaan daun mempunyai

a)

lilin

b)

steroid

c)

fosfolipid

d)

trigliserida

42.

monomer bagi asid nukeik adalah nukelotida. Nukleotida terdiri daripada

a)

Gula pentosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat

b)

Gula ribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat

c)

Gula pentosa, bes bernitrogen dan kumpulan sulfat

d)

Gula ribosa, bes bernitrogen dan kumpulan sulfat

43.

Kod genetik pada mRNA akan diterjemahkan kepada asid amino tertentu. Berapakah bilangan bes bernitrogen yang menentukan urutan asid amino dalam protein?

a)

4

b)

3

c)

2

d)

1

44.

DNA mengandungi kod genetik yang dibawa oleh bes bernitrogen untuk sintesis polipeptida yang akan membentuk

a)

karbohidrat

b)

lipid

c)

asid nukleik

d)

protein

45.

kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida DNA yang berpintal dengan sejenis protein yang dikenali sebagai

a)

nukleosom

b)

nukleolus

c)

histon

d)

kodon

46.

Apakah perbezaan antara RNA dan DNA?

a)

RNA merupakan rantaian polinukleotida yang lebih pendek berbanding DNA

b)

RNA merupakan rantaian polipeptida yang lebih panjang berbanding DNA

c)

RNA merupakan rantaian tunggal manakala DNA adalah rantaian lurus ganda 2

d)

RNA merupakan rantaian ganda 2 manakala DNA adalah rantaian tunggal

47.

Nyatakan apakah P, Q dan R?

a)

P : Trigliserida. Q : Gliserol R : Asid lemak

b)

P : Gliserol Q : Trigliserida R : Asid lemak

c)

P : Asid lemak Q : Trigliserida R : Gliserol

d)

P : Gliserol Q : Asid lemak R : Trigliserida

48.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili pembentukan maltosa melalui proses kondensasi dua molekul gula ringkas?

a)

Glukosa + fruktosa --> maltosa + air

b)

Glukosa + galaktosa --> maltosa + air

c)

Fruktosa + fruktosa --> maltosa + air

d)

Glukosa + glukosa --> maltosa + air

49.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan monomer karbohidrat yang mempunyai rasa yang manis?

a)

kanji

b)

selulosa

c)

galaktosa

d)

glikogen

50.

Bahan P tidak baik untuk kesihatan kerana ia meningkatkan paras kolesterol di dalam darah dan paras kolesterol dalam bentuk lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Apakah bahan P?

a)

mentega

b)

minyak zaitun

c)

minyak ikan

d)

minyak jagung