wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2.1 Sel Struktur Fungsi Dan Organisasi Sains T1 KSSM

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pada tahun 1665, seorang ahli sains inggeris yang bernama ______________ telah menemukan kotak kecil pada sekeping gabus yang dinamakan sel.

a)

Leornado da Vinci

b)

Edoard Manet

c)

Robert Hooke

d)

Robin Hood

2.

Sel adalah _______________________ yang menjalankan fungsi hidup.

a)

unit asas hidupan

b)

unit asas sains

c)

unit asas terbesar

d)

unit asas haiwan

3.

Antara fungsi hidup yang dijalankan oleh sel ialah _________________, respirasi, pembiakan dan perkumuhan.

a)

persekitaran

b)

pembetulan

c)

pertumbuhan

d)

pembahagian

4.

Proses pembahagian ialah proses sel-sel membahagi untuk membentuk sel baharu dan menggantikan sel yang rosak. Prosesnya terdiri daripada sel induk, pertumbuhan, _________________ dan sel anak.

a)

persekitaran

b)

pembahagian

c)

pertumbuhan

d)

pembinaan

5.

Sel haiwan tidak mempunyai kloroplas, vakuol dan ______________.

a)

membran sel

b)

mitokondria

c)

dinding sel

d)

nukleus

6.

Sel tumbuhan pula mempunyai kloroplas, dinding sel dan ______________.

a)

membran sel

b)

nukleus

c)

mitokondria

d)

vakuol

7.

Apakah fungsi kloroplas dalam sel tumbuhan?

a)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

b)

Menyerap tenaga cahaya untuk proses fotosintesis

c)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel

d)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel

8.

Apakah fungsi vakuol dalam sel tumbuhan?

a)

Memberikan sokongan kepada sel apabila dipenuhi sap sel

b)

Memberikan sokongan, perlindungan dan bentuk tetap kepada sel

c)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel

d)

Menyerap tenaga cahaya untuk proses fotosintesis

9.

Apakah fungsi dinding sel dalam sel tumbuhan?

a)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel

b)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

c)

Memberikan sokongan, perlindungan dan bentuk yang tetap kepada sel

d)

Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku

10.

Apakah fungsi membran sel?

a)

Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku

b)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel

c)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

d)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel

11.

Apakah fungsi mitokondria?

a)

Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku

b)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel

c)

Mengawal pergerakan ke dalam dan ke luar sel

d)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

12.

Apakah fungsi nukleus?

a)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel

b)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

c)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel

d)

Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku

13.

Apakah fungsi sitoplasma?

a)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel

b)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas

c)

Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku

d)

Mengawal keseluruhan aktiviti sel