wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ISRAK MIKRAJ 2021

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Israk?

a)

Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah

b)

Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa

c)

Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

2.

Apakah maksud Mikraj?

a)

Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Baitul Makmur

b)

Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin

c)

Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

3.

Berapakah usia nabi ketika peristiwa sejarah agung baginda diisrakkan?

a)

50 tahun

b)

55 tahun

c)

52 tahun

4.

Kenderaan yang ditunggangi oleh nabi semasa peristiwa Israk dan Mikraj ialah Buraq. Buraq ialah :

a)

Seekor haiwan yang panjang berwarna emas, badannya lebih besar dari keldai dan mirip kuda serta boleh melangkah sejauh mata memandang

b)

Seekor haiwan yang panjang berwarna putih, badannya lebih besar dari keldai dan kecil daripada kuda serta boleh melangkah sejauh mata memandang

c)

Seekor haiwan yang panjang berwarna hijau, badannya lebih besar dari keldai dan kecil daripada kuda serta boleh melangkau sejauh mata memandang

5.

Apakah hadiah terbesar yang diperolehi oleh Rasulullah SAW semasa Israk Mikraj?

a)

Solat 5 waktu sehari semalam

b)

Menjadi imam solat di Masjidil Aqsa kepada rasul-rasul terdahulu

c)

Bertemu 70000 para Malaikat di Baitul Makmur

6.

Bilakah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj?

a)

23 Rejab tahun ke-11 kerasulan

b)

27 Rejab tahun ke-11 kerasulan

c)

27 Syaaban tahun ke-11 kerasulan

7.

Semasa waktu malam berlakunya Israk Mikraj Malaikat turun menjemput nabi ke Baitullah, ketika itu nabi sedang tidur dimana?

a)

Hijir Ismail

b)

Hajar Aswad

c)

Telaga zam zam

8.

Peristiwa dukacita sebelum Rasulullah SAW diisrakkan dan dimikrajkan

a)

Termeterainya perjanjian Aqabah

b)

Kematian isterinya Khadijah Binti Khuwailid

c)

Kematian Raja Habsyah yang melindungi orang muhajirin

9.

Sebelum Nabi Muhammad SAW diisrakkan pada malam tersebut, dada baginda telah dibedah dan dikeluarkan hatinya untuk dicuci dengan air zam zam. Siapakah malaikat yang ditugaskan berbuat demikian?

a)

Malaikat Jibril dan Malaikat Ridwan

b)

Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail

c)

Malaikat Jibril dan Malaikat Izrail

10.

Berapa kalikah Nabi Muhammad SAW berulang alik untuk meminta kurang bilangan waktu solat?

a)

9 kali

b)

10 kali

c)

5 kali

11.

Siapakah yang menasihati Nabi Muhammad SAW agar meminta kurang bilangan waktu solat?

a)

Nabi Adam AS

b)

Nabi Ibrahim AS

c)

Nabi Musa AS

12.

Apakah pilihan yang ditawarkan oleh Jibril kepada Rasulullah SAW semasa di Baitul Maqdis

a)

Air telaga khausar dan arak

b)

Air zam zam dan arak

c)

Susu dan arak

13.

Kubur siapakah yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW yang begitu wangi sekali?

a)

Masyitah

b)

Siti Hajar

c)

Rabiatul Adawiyah

14.

Siapakah Menteri Firaun yang ditugaskan umtuk membunuh semua keluarga penyisir rambut puteri Firaun?

a)

Hamman

b)

Idrus

c)

Baituqa

15.

Siapakah yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW membawa obor api ketika Israk?

a)

Iblis

b)

Jin Ifrit

c)

Azazil

16.

Tempat persinggahan Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj selain Madinah?

a)

Madyan

b)

Baitul Maqdis

c)

Bukit Tursinah

17.

Kenyataan manakah antara berikut tidak benar tentang perjalanan nabi Muhammad SAW semasa baginda dimikrajkan?

a)

Perjalanan nabi menembusi tujuh lapis langit

b)

Berjumpa para nabi terdahulu

c)

Nabi bermesyuarah di Sidratul Muntaha

d)

Nabi menyaksikan isi syurga dan neraka

18.

Siapakah golongan paling ramai dilihat Rasulullah SAW dalam syurga?

a)

Orang-orang kaya

b)

Orang-orang dermawan

c)

Orang-orang miskin

19.

Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam neraka?

a)

Golongan marhain

b)

Golongan wanita

c)

Golongan berhutang

20.

Sahabat terdekat Nabi Muhammad SAW yang telah membenarkan peristiwa Israk dan Mikraj itu benar-benar berlaku.

a)

Saidina Umar RA

b)

Saidina Abu Bakar RA

c)

Saidina Ali Karamallahu Wajha