wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2021 F5 EKONOMI TEST

Total questions: 47

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

请写上华文名字 :

Please write your Chinese Name :

4 lines
2.
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan barang awam yang disediakan oleh kerajaan.
a)
Tandas di Kelab VIP hanya disediakan untuk ahli-ahlinya yang membayar yuran keahlian.
b)
Encik Paul Chan membeli sebuah telefon bimbit yang berharga RM2500.
c)
Mak Siti menggunakan air mineral yang bersih untuk memasak rendang.
d)
Mei Ling dihantar ke Hospital Serdang kerana dijangkiti penyakit denggi.
3.
Jika kerajaan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan, apakah kesan yang akan berlaku dalam ekonomi negara ? (pick 2)
a)
Kadar pengangguran meningkat
b)
Kuasa beli meningkat
c)
Taraf hidup masyarakat meningkat
d)
Pendapatan masyarakat menurun
4.
Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli semula jadi ?
a)
Lebih daripada seorang pengeluar
b)
Berkuasa untuk menentukan harga
c)
Persaingan bukan harga amat penting
d)
kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran
5.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan penunjuk ekonomi? (pick 2)
a)
Guna tenaga
b)
Jumlah populasi
c)
Indeks harga pengguna (IHP)
d)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
6.
Apakah objektif makroekonomi negara yang ingin dicapai oleh kerajaan ? (pick 2)
a)
Pertumbuhan ekonomi
b)
Imbangan pembayaran defisit
c)
Tingkat harga umum meningkat
d)
Kadar pengangguran kurang daripada 4%
7.
Bilakah sesebuah negara dikatakan mencapai tingkat guna penuh ?
a)
Imbangan pembayaran yang positif
b)
Kadar pengangguran kurang daripada 4%
c)
Eksport meningkat sebanyak RM100 juta setahun
d)
Kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat sebanyak 3%
8.
Antara berikut, yang manakah kesan imbangan pembayaran defisit ?
a)
Nilai mata wang tempatan semakin meningkat
b)
Kegiatan ekonomi dalam negara semakin pesat
c)
Rizab pertukaran asing di bank pusat berkurang
d)
Nilai eksport barang tempatan semakin bertambah
9.
Bagaimanakah perlaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar ?
a)
Mengurangkan modal pengeluar
b)
Mengawal harga barang yang dijual
c)
Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran
d)
Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
10.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan eksternaliti negatif ?
a)
Kekurangan barang awam
b)
Pencemaran alam sekitar
c)
Ketidakstabilan harga bahan mentah
d)
Jurang perbezaan pendapatan yang ketara
11.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu dasar kerajaan.


Dasar yang menetapkan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangannya.


Apakah tujuan pelaksanaan dasar tersebut ?

a)

Mengawal harga pasaran

b)

Meningkatkan penawaran pengeluar

c)

Memaksimumkan pendapatan kerajaan

d)

Memastikan semua rakyat mendapat barang keperluan

12.
Apakah matlamat kerajaan menyediakan perkhidmatan kereta api ?
a)
Menjana hasil kerajaan
b)
Memonopolikan pasaran
c)
Menjaga kebajikan masyarakat
d)
Memperoleh keuntungan jualan
13.
Peranan kerajaan dalam ekonomi ialah …… (pick 2)
a)
Mencapai objektif makroekonomi
b)
Mewujudkan monopoli semula jadi
c)
Bertindak sebagai pengguna dan pengeluar
d)
Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
14.
Apakah masalah ekonomi yang akan berlaku jika indeks harga pengguna semakin meningkat dari setahun ke setahun ?
a)
Inflasi
b)
Deflasi
c)
Kemelesetan ekonomi
d)
Harga barang di pasaran semakin rendah
15.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang inflasi ?
a)
Kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan di pasaran
b)
Kenaikan pendapatan yang diterima oleh pekerja-pekerja dalam sesebuah ekonomi
c)
Kenaikan upah nominal akibat daripada kenaikan tingkat harga umum
d)
Kenaikan nilai eksport dalam sesebuah ekonomi
16.
Apakah punca berlakunya inflasi tolakan kos dalam ekonomi ? (pick 2)
a)
Kenaikan harga saham
b)
Tuntutan kesatuan sekerja
c)
Kenaikan harga bahan mentah
d)
Kenaikan pendapatan pengguna
17.
Sekiranya kadar inflasi meningkat, apakah kesannya terhadap ekonomi negara ?
a)
Jumlah tabungan meningkat
b)
Kadar pengangguran menurun
c)
Jumlah dan nilai eksport bertambah
d)
Pendapatan boleh guna semakin bertambah
18.

Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sebuah ekonomi.


Harga input yang digunakan dalam proses pengeluaran barang X meningkat sebanyak 3% menyebabkan harga barang X yang dijual di pasaran meningkat sebanyak 4%.


Apakah jenis inflasi yang berlaku di atas ?

a)

Inflasi musim

b)

Inflasi diimport

c)

Inflasi tolakan kos

d)

Inflasi tarikan permintaan

19.
Yang manakah bukan punca pengangguran kitaran ?
a)
Keadaan ekonomi lembap
b)
Pengurangan dalam pengeluaran
c)
Perubahan dalam struktur ekonomi
d)
Pengurangan dalam permintaan agregat
20.
Apakah kesan yang akan berlaku jika terdapat pembaziran faktor buruh dalam ekonomi ? (pick 2)
a)
Pengangguran menurun
b)
Hasil kerajaan berkurang
c)
Ketidakcekapan dalam pengeluaran
d)
Pendapatan negara sebenar meningkat
21.

Maklumat di bawah berkaitan dengan penduduk di sesebuah negara.


Penduduk- 33.95 juta orang

Tenaga buruh- 21.9 juta orang

Guna tenaga- 20.45 juta orang


Kadar pengangguran pada tahun tersebut ialah

a)

60.6%

b)

62.6%

c)

66.2%

d)

68.6%

22.

1.1.1. Peranan Kerajaan Sebagai Pengeluar dan Majikan

Tuliskan satu ciri pasaran monopoli / semula jadi.

(a)  

23.

1.1.1 Peranan Kerajaan Sebagai Pengeluar dan Majikan

Barang (a)   seperti pendidikan dan perkhidmatan perubatan disediakan oleh pihak kerajaan.

24.

1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara

Aliran wang masuk lebih daripada aliran wang keluar ke luar negara akan wujud imbangan pembayaran (a)   .

25.

1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara

'Kadar pengangguran kurang daripada 4%' ingin dicapai oleh pihak kerajaan. Apakah objektif makroekonomi negara di atas yang ingin dicapai oleh kerajaan?

(a)  

26.

1.1.2 Peranan Kerajan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara

Nyatakan salah satu objektif makroekonomi negara yang ingin dicapai oleh kerajaan.

(a)  

27.

1.1.3 Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif

Kerajaan akan menguatkuasakan (a)   untuk mengawal selia pengeluar.

28.

1.1.3 Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif

(a)   alam sekitar merupakan suatu eksternaliti negatif.

29.

1.1.3 Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif

Kerajaan juga akan menggunakan dua cara untuk mengawal selia pengeluar iaitu (a)   dan subsidi.

30.

1.2.1 Indeks Harga Pengguna

Jika indeks harga pengguna semaimn meningkat, maka keadaan (a)   akan wujud.

31.

1.2.1 Inflasi

IHP tahun 2017 : 107.1

IHP tahun 2018 : 110.6

IHP tahun 2019 : 113.7

IHP tahun 2020 : 120.8

Kirakan kadar inflasi (%) pada tahun 2019.

(two decimal place)

(a)  

32.

1.2.2 Jenis Inflasi

(a)   wujud apabila harga barang import dari luar negara meningkat.

33.

1.2.2 Jenis Inflasi

(a)   wujud apabila jumlah permintaan lebih daripada jumlah penawaran barang di pasaran.

34.

1.2.2 Jenis Inflasi

(a)   wujud apabila kos pengeluaran meningkat.

35.

1.2.3 Kesan Inflasi

Apabila keadaan inflasi wujud, kos sara hidup masyarakat akan (a)   .

36.

1.2.3 Kesan Inflasi

Apabila kadar inflasi meningkat, harga barang atau perkhidmatan akan (a)   .

37.

1.2.3 Kesan Inflasi

Apabila wujud inflasi, permintaan barang eksport Malaysia di pasaran antarabangsa akan (a)   .

38.

1.2.3 Kesan Inflasi

Kadar pengangguran akan (a)   apabila inflasi tarikan permintaan wujud.

39.

1.2.3 Kesan Inflasi

Apabila keadaan inflasi, pendapatan boleh guna individu akan (a)   kerana harga barang dan perkhidmatan di pasaran meningkat.

40.

1.2.4 Pengangguran

Tenaga buruh : 36.07 juta orang

Guna tenaga : 28.01 juta orang


Kirakan kadar pengangguran(%) pada tahun 2020.

(dua decimal place)

(a)  

41.

1.2.4 Pengangguran

Kadar Pengangguran :

Tahun 2002 : 6.9 %

Tahun 2003 : 5.3 %

Tahun 2004 : 4.5 %

Tahun 2005 : 3.0 %

Nyatakan arah aliran kadar pengangguran dari tahun 2002 ke tahun 2005.

Kadar pengangguran dari tahun 2002 ke tahun 2005 semakin (a)   .

42.

1.2.4 Kesan Pengangguran

Nyatakan salah satu kesan masalah pengangguran terhadap sosial negara.

(a)  

43.

1.2.4 Kesan Pengangguran

Nyatakan salah satu kesan masalah pengangguran terhadap ekonomi negara.

(a)  

44.

1.2.5 Jenis Pengangguran

(a)   wujud apabila keadaan ekonomi lembap.

45.

1.2.5 Jenis Pengangguran

(a)   wujud kerana individu kekurangan maklumat tentang peluang pekerjaan.

46.

1.2.5 Jenis Pengangguran

(a)   wujud apabila struktur ekonomi negara berubah.

47.

1.2.5 Jenis Pengangguran

Apabila keadaan ekonomi lembap, permintaan agregat akan (a)   .