wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKIDAH TING 3: Sirah 25 Rasul (Unit 2)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Nabi yang dikurniakan kebolehan berkata-kata untuk mempertahankan kebenaran ibunya.

a)

Nabi Muhammad s.a.w

b)

Nabi Zulkifli a.s

c)

Nabi Isa a.s

d)

Nabi Yusuf a.s

2.

Pengikut setia Nabi Isa a.s digelar sebagai

a)

Al-Hawariyyun

b)

Al-Halimah

c)

Al-Hasyr

d)

Al-Hutomah

3.

Siapakah nabi yang diturunkan ke bumi dan terpisah dari isterinya serta berjumpa semula di Jabal Rahmah?

a)

Nabi Adam

b)

Nabi Ibrahim

c)

Nabi Isa

4.

Siapakah nabi yang pandai menjahit dan menulis ?

a)

Nabi Daud

b)

Nabi Idris

c)

Nabi Syuib

5.

Siapakah Nabi yang menyampaikan dakwah kepada umat 950 tahun tetapi sebahagian kecil sahaja yang beriman?

a)

Nabi Musa

b)

Nabi Nuh

c)

Nabi Ibrahim

6.

Siapakah nabi yang diperintah Allah membina bahtera ?

a)

Nabi Lut

b)

Nabi Musa

c)

Nabi Nuh

7.

Nabi Hud diutuskan kepada kaum

a)

Thamud

b)

'Aad

c)

Lut

8.

Kaum 'Aad telah dimusnahkan Allah dengan

a)

bumi diterbalik

b)

angin Sarsar iaitu angin sejuk dan kencang

c)

dentuman halilintar

9.

Kaum Thamud telah dimusnahkan Allah dengan

a)

angin Sarsar

b)

bumi diterbalik

c)

suara pekikan dari langit

10.

Mukjizat Nabi Soleh ialah

a)

menukar tongkat menjadi ular.

b)

mengeluarkan unta dari celah batu.

c)

membelah bulan

11.

Siapakah nabi yang berhadapan dengan Raja Namrud?

a)

Nabi Sulaiman

b)

Nabi Musa

c)

Nabi Ibrahim

12.

Siapakah nabi yang diperintah untuk disembelih oleh ayahnya?

a)

Nabi Ismail

b)

Nabi Ibrahim

c)

Nabi Yaakub

13.

Siapakah nabi yang diutuskan kepada kaum Sadum?

a)

Nabi Isa

b)

Nabi Yaakub

c)

Nabi Lut

14.

Kaum Sadum juga dikenali sebagai kaum Lut yang melakukan perbuatan

a)

homoseksual

b)

takbur

c)

ingkar larangan keluar hari sabtu

15.

Kaum Lut dimusnahkan oleh Allah dengan

a)

hujan batu dan diterbalikan bumi

b)

pekikan dari langit

c)

gigitan nyamuk

16.

Siapakah nabi yang membina kaabah?

a)

Nabi Muhammad

b)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

c)

Nabi Musa dan Nabi Harun

17.

Siapakah nabi yang tampan dan pandai mentafsir mimpi?

a)

Nabi Yaakub

b)

Nabi Yunus

c)

Nabi Yusuf

18.

Asal-usul Bani Israil adalah dari Nabi

a)

Nabi Ishak

b)

Nabi Yaakub

c)

Nabi Ibrahim

19.

Anak Nabi Ibrahim yang turut menjadi nabi ialah Nabi Ismail dan

a)

Nabi Yaakub

b)

Nabi Ishak

c)

Nabi Ayub

20.

Nabi Syuib diutuskan kepada penduduk

a)

Yaman

b)

Madyan

c)

Palestin

21.

Penduduk Madyan dimusnahkan Allah kerana

a)

homoseksual

b)

menyembah barhala

c)

menipu dalam urusan jual beli

22.

Siapakah nabi yang diuji dengan kehilangan harta, kematian anak, dan kesakitan bertahun-tahun?

a)

Nabi Daud

b)

Nabi Ayub

c)

Nabi Ishak

23.

Putera nabi Ayub ialah

a)

Nabi Yaakub

b)

Nabi Daud

c)

Nabi Zulkifli

24.

Siapakah Nabi yang menentang Raja Firaun?

a)

Nabi Nuh

b)

Nabi Musa

c)

Nabi Isa

25.

Antara mukjizat Nabi Musa ialah

a)

mengeluarkan unta dari celah batu

b)

tidak terbakar dalam api

c)

membelah laut menjadi laluan

26.

Saudara kepada nabi Musa ialah

a)

Nabi Harun

b)

Nabi Ishak

c)

Nabi Syuib

27.

Siapakah nabi yang dilantik menjadi Raja di Palestin yang mempunyai suara yang merdu dan mampu melembutkan besi?

a)

Nabi Isa

b)

Nabi Ayub

c)

Nabi Daud

28.

Siapakah putera Nabi Daud yang mempunyai mukjizat boleh berkomunikasi dengan binatang dan jin serta dapat menawan empayar Saba'?

a)

Nabi Ilyasak

b)

Nabi Sulaiman

c)

Nabi Ilyas

29.

Siapakah nabi yang ditelan oleh ikan nun?

a)

Nabi Yunus

b)

Nabi Yusuf

c)

Nabi Ilyas

30.

Siapakah nabi yang terakhir dilantik dari kalangan bani Israil dan diangkat kelangit oleh Allah?

a)

Nabi Ishak

b)

Nabi Yaakub

c)

Nabi Isa