Font size
WorksheetsBIOLOGI BAB 3 T5 KSSM
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Antara nutrien-nutrien berikut, yang manakah diambil oleh tumbuhan dari tanah untuk mensintesis protein?
Karbon
Nitrogen
Hidrogen
Antara yang berikut, yang manakah ialah mikronutrien bagi tumbuhan?
Klorin
Sulfur
Magnesium
Fosforus
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan peranan kalium dalam tumbuhan?
Sintesis protein dan kanji
Sintesis vitamin B
Sintesis auksin
Sintesis klorofil
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kesan kekurangan nitrogen dalam tumbuhan?
I Klorosis
II Daun bercuping
III Bintik merah pada daun
IV Pertumbuhan terbantut
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri Rafflesia sp.?
Akar tumbuhan menyerap bahan organik daripada perumah dengan menembusi batang perumah.
Tumbuhan menjalankan fotosintesis.
Akar tumbuhan menyerap nutrien yang terkumpul di celah-celah batang tumbuhan.
tumbuhan memerangkap serangga untuk nitrogen.
Tumbuhan ini didapati pada tumbuhan lain yang lebih besar tetapi tidak mengancam tumbuhan perumah. Apakah tumbuhan ini?
Tumbuhan karnivor
Tumbuhan parasit
Tumbuhan saprofit
Tumbuhan epifit
Sekiranya satu tumbuhan mengalami klorosis, apakah jenis mikronutrien yang mungkin kekurangan?
Kalsium
Besi
Klorin
Boron
Antara berikut, yang manakah bukan fungsi akar tumbuhan?
Menjalankan fotosintesis
Menyerap air dan mineral dari tanah
Memacakkan tumbuhan dalam tanah
Rajah 1 menunjukkan keratan rentas satu akar eudicot. Apakah fungsi struktur berlabel X?
Mengawal pergerakan bahan dalam tumbuhan
Menyimpan granul kanji
Memberi sokongan mekanikal kepada akar
Mengangkut air ke bahagian tumbuhan lain
Gambar menunjukkan tumbuhan karnivor. Apakah menyebabkan tumbuhan ini bersifat karnivor?
Tumbuhan ini tumbuh di tanah kurang nutrien, oleh itu memperoleh nitrogen dari mangsa.
Tumbuhan ini tidak dapat menjalankan fotosintesis
Tumbuhan ini bergantung kepada mangsa untuk tenaga
Tumbuhan ini tidak didedahkan kepada cahaya matahari secukupnya
Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan pada batang pokok. Bagaimana tumbuhan ini memperoleh sesetengah nutriennya?
Melalui penyerapan oleh akar yang tumbuh dalam tanah
Daripada udara, air dan sserpihan-serpihan yang jatuh atas mereka
Dengan menyerap nutrien daripada tumbuhan perumah
Dengan memerangkap serangga
(a) ialah proses organisma memperoleh tenaga dan nutrien daripada makanan untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikian tisu yang rosak.
Larutan kultur yang dikenali sebagai larutan kultur (a) , mengandungi semua nutrien termasuk unsur surih yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup sihat.
Tiga makronutrien utama ialah :-
karbon
hidrogen
nitrogen
oksigen
Endodermis merupakan lapisan pemisah antara korteks dengan silinder vaskular.
Benar
Salah
Yang manakah bukan merupakan tumbuhan epifit?
Orkid
Paku pakis
Anggerik
Tanduk rusa
Tumbuhan karnivor mampu mensintesis makanannya sendiri dengan menjalankan fotosintesis.
BENAR
SALAH
Tumbuhan (a) hidup menumpang pada tumbuhan lain, iaitu perumah.
Serangga yang ditangkap oleh tumbuhan karnivor membekalkan (a) kepada tumbuhan ini.
Berikut merupakan antara MAKRONUTRIEN dalam tumbuhan.
Kalium
Boron
Zink
Kalsium
Fosforus
