wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING.4 BAB 3 (3.3, 3.4 & 3.5)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

A I dan IV

b)

B I dan II

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

2.

2. Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

A I, II ,III

b)

B I, II, IV

c)

C II, III, IV

d)

D I,III,IV

3.

3. Terdapat dua kuasa yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada..........

a)

A Jerman, Britain dan Perancis

b)

B Jerman, Itali dan Jepun

c)

C Jepun,Perancis dan Amerika Syarikat

d)

D Rusia, Perancis dan Britian

4.

4. Dalam Operasi Barbarossa, Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia dengan dibantu oleh 3350 kereta kebal dan 2270 kapal terbang. Operasi tersebut disertai oleh tentera......

a)

A Romania, Jepun, Jerman

b)

B Jerman , Itali, Finland

c)

C Finland,Romania,Hungary

d)

D Austria, Romania, Hungary

5.

5. Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

A Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

B Rasional dalam tindakan

c)

C Sentiasa berani menempuh dugaan

d)

D Sentiasa bersiap siaga

6.

6. Berikut adalah merupakan kawasan pendaratan tentera Bersekutu di Normandy kecuali......

a)

A Pantai Utah

b)

B Pantai Juno

c)

C Pantai Omaha

d)

D Pantai Jane

7.

7. Apakah kod operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis pada Jun 1944?

a)

A Mission Impossible

b)

B D-Day

c)

C Ini kali lah

d)

D A-Team

8.

8. Berikut merupakan kawasan manakah Perang Dunia Kedua berlaku di Asia Pasifik kecuali......

a)

A Lautan Pasifik

b)

B Tanah Besar Asia

c)

C Kepulauan Laut Mediteranean

d)

D Kepulauan Asia Tenggara

9.

9. Bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa. Perluasan kuasa Jepun berkait rapat dengan ..

I Dendam terhadap orang Cina

II Keperluan perindustrian

III Pengaruh golongan tentera

IV Menyebarkan tamadun

a)

A I dan IV

b)

B II dan III

c)

C III dan IV

d)

D I dan II

10.

10. Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?

a)

A Menyerang pangkalan tentera Jepun

b)

B Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa

c)

C Memberikan sokongan ketenteraan

d)

D Mengenakan sekatan ekonomi

11.

11. Perang Dunia Kedua bermula setelah Jepun menyerang .......

I Tanah Melayu

II China

III Pearl Harbour

IV Filipina

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

12.

12. Apakah antara propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk menambat hati orang di Asia Tenggara?

a)

A Semangat Asia

b)

B Bersama Jepun Bangkit

c)

C Asia untuk Orang Barat

d)

D Jepun negara matahari terbit

13.

13. Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.


* Semangat Asia

* Asia untuk orang Asia

* Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya


Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?

a)

A Meluaskan kuasa

b)

B Menyatukan wilayah

c)

C Menyebarkan ideologi

d)

D Menamatkan penjajahan

14.

14. Pendaratan pertama Jepun pada 8 Disember 1941 adalah di...........


I Jitra, Kedah

II Pulau Pinang

III Muar, Johor

IV Kota Bharu, Kelantan

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C III dan IV

d)

D I dan IV

15.

15. Kejayaan tentera Jepun menguasai Sabah dan Sarawak apabila berjaya mendarat di?

a)

A Sandakan

b)

B Miri

c)

C Kuching

d)

D Labuan